Total Pageviews

Saturday, November 14, 2020

Selamat tinggal, sahabatku..

 Seperti yg di janji, khas entry untuk mu sahabat. sebelum tu nak make it clear sikit, #thedatins yg akan sy guna kan nanti merujuk pada nama group psahabatan kami. 10 orang semua nya dan akan sentiasa 10...

** chik stand for Kechik, nama yg kami panggil dia..

11 /11/ 2020

RABU

9.00 malam


Tengah layan mata sebenar nya masa ni, tengah tidurkan anak2. Tiba2 group whtasp kami masuk bertalu2. Ayat 1st yang aku nampak keluar dekat screen,

" nak bagitau Farrah sekarang dekat icu kritikal. doa kan dia sedar"




aku macam, eh farrah mana ni ? tak kan kechik ??! 😭memang automatik terus terbangun, duduk. segala nya jadi terlalu pantas, semua dalam group kami #thedatins masih tertanya2 kenapa, macam mana boleh tiba2, accident ke dia ?

soalan demi soalan kami tertanya..dan malam tu kami semua mmg dah bengkak mata menangis, xboleh tidur, takut nak tidur, jadi takut tengok whtasp masuk. apa semua ni, mimpi ke ? baru smlm kau upload gambar muka kau kena saman polis Chik. πŸ˜–


tak kan hari ni tiba2 kau dah koma ?πŸ˜– betapa malam itu kami mharapkan sgt kau cepat sedar, kami yakin kau boleh punya bangun, 

sebab kau kan kuat chik, aku ,kami semua tau tu

tapi rupa nya petang tu..

kau jatuh dalam bilik air kat tempat kerja kau chik. officemate perasan selepas setengah jam kau x balik2 tempat duduk kau πŸ˜”..5.20 pm kau masih whtasp lagi dengan tunang kau, 5.30 kau dah xbalas2..bdasar kan cerita kakak office yg jumpa kau, kau dalam toilet lagi ,yg terkunci. mereka panggil tapi x bersahut. dan bila pintu di buka, kau dah rebah di lantai, dengan bibir yg kebiruan. allah, x dapat nak aku bayang chik !!

dan segala nya jadi tlalu pantas. masa diorang jumpa kau, nadi dah xde..doctor buat CPR dan berjaya dapatkan semula heart beat kau chik, walau kau dah x sedar lagi masa tu..dan di pendek kan cerita, dari hsptl swasta ke gomen, hasil ct scan menunjuk kan berlaku pendarahan dalam kepala dia

allauakhbar, apa yang kau nak uji kami ni ya allah. kenapa kechik ?πŸ˜” kenapa kena tiba2 macam ni ? kenapa kenapa tu semua mmg yg dok berlegar dalam kepala. bukan kami ini x terima kenyataan tapi aku x pernah terdetik walau sikit untuk terbayang ni semua terjadi chik.. sumpah..


11.00 malam - 6.00 pagi

kami memang xboleh tidur, whtasp sentiasa masuk. mata dah bengkak menangis. kami baca yasin chik untuk kau supaya kau cpt bangun, bangun untuk baca semua whtasp2 kita,

tapi malam tu, kami di kejutkan lagi bila,

 doc cakap, kau dah 50-50 chik !😭😭😭

apa ni. terasa mcm kena tampar ! apa yg kami dengar ni. doc siap dah bagi kau bantuan pernafasan guna msin chik ! tuhan je tau betapa pedih nya hati kami bila kami tau tu chik..semua menangis sungguh2 sbb sungguh kami x sangka..πŸ˜–

ktorang semua bacakan kau yasin, x putus harap lagi moga ada keajaiban dari Allah untuk kau chik. aku nak kau balas whtasp2 ktorang dengan ckp

" wei korang relax lah, aku ok aku ok. aku pengsan kejap je tadi"

tapi tu semua mmg mimpi. betapa hati aku ni meronta nak balik Jb chik, aku nak pergi hsptl tengok kau. 

dan pagi tu doctor mintak family kau balik chik sbb doc nak buat test covid. xde spe boleh teman. apa2 semua kena tunggu call dari hospital. allah, lagi lah ktorang risau n sedih chik, sbb mbayang kau sorang2 kat sana.. mesti kau sejuk dengan penuh wayar tu semua chik allahuakhbar !😌


8.00-12.00 tgah hari

kami semua sntiasa update dengan kakak kau pkembangan kau chik. kau bertuah sbb kau ada kawan kita, deli & hisyam yang banyak tolong update kan keadaan kau kat sana. dan dari situ kami jadi tau,keputusan covid kau negative chik ! alhamdullilah !!πŸ’— masa ni aku mcm ada ssuatu yg baik akan jadi, ni pkembangan positive ! kau mesti boleh sedar ni chik sbb dari icu, kau di transfer ke bahagian neuro. dan kami jangka kan

kechik dah gi wad biasa kan ni ? alhamdulillah !


2.30 petang -6.00 ptg

masa dah masuk wad neuro tu, doc dah panggil semua family member dia hospital.  kami mharap segala yg keluar berita2 baik utk di sampai kan..

tapi yang kami dapat dari tunang kau ,


sekali lagi kami meraung chik, 😭aku x pernah sangka aku akan hadap situasi mcm ni lagi lepas ibu dulu . sakit nya dada tu allah je tau. organ dalam badan semua dah x function, penyalur darah kau pecah, segala operation x boleh di buat.. doc siap cakap,

sebenar nya kau dah xde,😭😭 tapi paru2 kau masih ada. doc akan tunggu sampai dia stop sendiri sbb graph kat mesin makin lama mkin x cantik.. 😰cuma tunggu masa..allah..apa lagi kami nak harap ni chik..

aku terus call kakak kau , x sempat aku cakap, kakak kau dah meraung

Thursday, December 20, 2018

Unforgettable October PART 1

Assalamualaikum semua


Seperti yang semua dah tahu, ibu dah tinggal kan kami, dunia ini, pada 31 October 2018. Hari yang paling kami takuti, sudah pun benar terjadi. Hari yang paling kami doa kan biar lah lambat lagi, sudah pun benar berlaku. 

Untuk posting kali ni, khas aku kenang kan untuk  SEBULAN OCTOBER yang menyedihkan, pedih, pengalaman baru, tanda2 kematian yang sangat pasti, detik terakhir & pengakhiran hari Rabu pada tarikh itu. Segala nya aku coret kan di sini, 

agar bisa jadi teladan, jadi rujukan untuk sesiapa pun yang tengah atau bakal melalui pengalaman yang sama kelak. MAAF kan aku untuk tidak mampu ungkap kan 'arwah' untuk setiap panggilan 'ibu'. Semacam 1 rasa yang susah nak aku gambar kan. 


FIRST WEEK OF OCTOBER

Kebiasaan setiap pagi, aku akan call ibu around pukul 8 pagi untuk tnya dia nak breakfast apa. Tapi pagi tu call banyak kali x berjawab. Adik2 dah pergi kerja. Dia punya debor Allah je tau. Sampai kat rumah, tengok ibu tidur. Tapi bukan mcm tidur biasa

tidur yang macam terlalu penat. dan ia nya berlarutan sampai pukul 11.30 pagi which is x pernah2 mcm tu sekali. bila di tanya

" ntah lah long, penat sangat lah rasa badan ibu ni. nak baring je rasa, x larat . pening pulak kepala ibu ni. berat."

and we thought dia overdose ubat pada mula nya.( based on our private doc opinion ). tapi dia berlarutan sampai hari ke 3 dan kepala dia makin sakit. nak bangun x boleh mula pening2, nak muntah. and my siblings panggil ambulance apa semua

dan dari situ terus buat MRI, BRAIN CT SCAN..

esok nya, time tu turn aku dengan angah jaga ibu, doctor datang

" Puan , semalam kita ada inform hasil kasar dari CT scan brain puan, ada tanda2 puan suspect stroke kan ?"
" Tapi Puan, harap puan dan anak2 bersabar"
" Kami dah pun teliti dengan bberapa pakar, its not stroke puan. Tapi sel cancer puan dah merebak ke otak. And its quite active "

Ayat merebak ke otak tu , buat aku dengan angah terdiam. kami semua tahu, FAKTA yang bila dah ke otak, nothing much we can do or else NOTHING. penghujung segala harapan. sebab otak itu NYAWA utk 1 badan, they control everything

kami yang mula nya tahan nangis, lantas pandang ibu. ibu paling muka ke tingkap, meraup muka nya dan menangis. aku x kan lupa betapa kecewa nya raup wajah ibu masa tu. segala harapan kami punah. kami berpelukan depan doctor,

" Kami beri cadangan untuk awk anak2 bawa ibu pulang atau boleh stay di hospital tapi jujur sy cakap, kami tiada ubat khas untuk itu". which mean no points kalau ibu stay hspital. Petang tu juga kami bwk ibu balik, dengan 1 perasaan yang sangat takut


kerana aku tahu, walau aku tahu ajal itu hanya DIA yang tahu,
ibu x akan lama...


PERCAYA TAK ?

entah kenapa, hati aku meronta untuk kuat kan jari ni, untuk google,

tanda2 akhir kematian..

kadang rasa mcm " eh aku ni doa ibu cepat pergi ke ?", tapi entah, mungkin aku nak kami semua alert. tanda2 ni bukan orang suka2 create, tapi memang ada dlm al-quran, utk di jadi kan panduan..

aku akan highlight kan apa tanda2 yg jadi pada ibu. yang subhnaAllah, aturan Allah, memang mengikut turutan..



SECOND WEEK OF OCTOBER
TANDA AKHIR : kaki ibu mula jatuh, sejuk. hanya kaki. tapi dia x rasa sejuk tu. telinga ibu mula masuk ke dalam.


ibu dah terlantar sejak dari kami bawak ibu balik. ibu dah x mampu nak bercakap. mata ibu perit bila nak bukak. nak angkat kepala pun ibu berkerut menahan sakit. aku nekad cuti sebulan tanpa gaji, hanya utk focus 100% untuk dia. adik aku dari semenyih pun balik lama,adik2 aku ada, utk kami bgilir jaga ibu

betapa baru kami merasa perasaan excited untuk siap kan ibu. bangun pagi, sorang siap kan sarapan. sama2 mandi kan ibu, tukar pampers, baju ibu, dressing luka breast ibu. sumpah bu kami x penat, kami cuma nak ibu tahu kami nk ibu sihat. sangat2.

ini semua abang2 ibu. ni je lah abang yang masih hidup..
the only one kakak ibu. mereka dua je adik beradik perempuan. mak ngah banyak tolong kami jaga ibu, hanya Allah je dapat balas jasa mak ngah..

masa ni, kenalan sedara dah mula memenuhi rumah untuk melawat ibu. nampak ibu happy bila orang ramai datang tengok dia. walau masa tu mata dia x bukak pun, tapi mampu mbalas 4-5 ayat, mampu tersenyum, mampu suruh aku buat air, goreng karipap...

tiba-tiba,

ada 1 hari ni, ibu dari terlantar, boleh duduk ! mintak nak baca surat khabar, suruh amik kan spect dia. amazing kan ? how come dlm sehari  tu ibu boleh tiba2 kuat mcm tu ?

rupa nya,

TANDA AKHIR : pesakit akan memberi kan respon yg sangat positif, akan meminta makanan yg di gemari. selera makan bertambah secara tiba-tiba

ibu suruh aku order kek lapis, order kek marble, beli itu beli ni ! kami apa lagi, mmg bterabur lah cari. happy gila masa ni sbb tengok ibu at least, boleh duduk.

tapi dalam masa sama, aku yang dah mula perhati kan tanda2 akhir tu, mula bertanya dlm hati,
"ini ke maksud ayat tu ?"



THIRD WEEK OF OCTOBER

TANDA AKHIR : kawasan di sekitar pusat ibu berdenyut2, laju.  Pada masa ini, biasanya seseorang  itu akan dapat melihat dan bertemu dengan roh orang yang telah  meninggal , terutama roh orang yang mereka sayangi.

sehari je lepas ibu mintak macam2 tu, esok nya keadaan ibu semakin lemah. ibu dah makin kurang bercakap. ibu dah xnak minum, x nak makan. bila suap bubur ke, mesti muntah. bagi susu pun sikit je yang ibu mampu telan. umpama mcm ada sekatan kat tekak ibu.

masa ni, ibu dah x sedar. ibu hilang semua rambut dia masa chemo. kami pakai kan ibu tudung ni pun, ibu dah x rasa..


moment yang paling aku ingat masa minggu ke 3 ni,

1. dalam kedaan ibu yang lemah ni, tangan ibu tiba2 bergerak seolah olah sedang melambai. bergerak seolah-olah ada orang yang ingin sambut tangan ibu..dan ia nya semakin kerap. walau dalam move yang slow, tapi dia tetap melambai. kadang tangan nya menutup mata, seolah2 ada cahaya yg sangat terang, yg buat dia silau..

2. ada 1 petang, hujan lebat. aku yg memang turn jaga dia, di sisi katil, tiba2 dengan mata tertutup, ibu melambai lambai sambil panggil " pak man, pak man ", dan dgn perlahan tangan ibu turun semula

gambar terakhir arwah pak man dengan ibu dulu..


aku terus tersedu2 menahan tangis, sebab
"pak man" itu arwah abang ibu.. abang yg paling rapat dengan ibu dulu tp dia dah meninggal 4-5 tahun lepas.."


3. mata ibu dah xde sinar lagi. bila minta dia buka mata, anak mata hitam dia bukan lagi di tuju pada kita yang memanggil nya. anak mata dia mngecil, hitam, seolah dia dah xde di dunia kita. mata dia seolah dy dah sampai di 1 alam yang dy xpernah jumpa. kosong. kadang sayu bukak kejap untuk tengok ke depan lepas tu tutup

pernah usik ibu, tanya,

" ibu tengok apa tu bu ? siapa datang ?"
" tuu, tengok tu ha.. "
" siapa bu ? hensem x ?"
" hensem..... "

terus tidur.

minggu ke 3 ni, doctor yang setiap hari datang, dah cakap pada kami

DR Pramala, dia doctor yang sangat2 banyak jasa pada ibu & kami..


" sistem dalam badan your mom dah banyak shut down. sudah banyak sel2 yang dah block, not function. that's why dia dah x lapar sebab dia dah xde rasa nak makan minum lagi. awak semua kena stand by sebab posibility untuk your mom kena sawan atau jantung stop tiba2 sangat besar "

kami 4 beradik menangis utk pertama kali nya secara depan2 , 4 orang. utk adik lelaki aku menangis, memang susah. tapi malam tu, tersedu2 dia. hanya Allah yang tahu mcm mana perasaan bdebar nya kami andai sampai detik akhir itu. sedang kami menangis, ibu yg atas katil, dengan mata tertutup

" sabar........."

kami terus pergi ke katil ibu, dengan bergetar2 suara aku memohon

" maaf kan kite eh bu, kalau kite ada buat salah , buat ibu kecik hati selama jaga ibu, x jaga ibu dengan baik, ada marah2 ibu klau ibu xnk makan ubat, masak lambat utk ibu, kita minta maaf sgt bu. halal kan makan minum, kalau ada hutang, susu ibu utk kami, halal kan semua nya bu.."

dan kami menangis di tepi katil ibu, tersedu2 semua nya. itu lah kali pertama dalam bulan itu, kami nangis seteruk itu. dlm perlahan ibu mjawab

" dah2 jangan cakap mcm tu lagi, xde apa ibu nak maaf kan awak semua. awak semua anak2 ibu yang baik. ibu bangga orang puji anak2 ibu baik pandai jaga ibu. jangan pikir bukan2, doa kan ibu. ibu boleh duduk pun ibu dah bersyukur, dah. jangan nangis "


dan itu lah ayat terakhir ibu, sebelum masuk minggu ke 4, di mana minggu terakhir ibu di dunia..


FOURTH WEEK OF OCTOBER

kami mula x sihat. demam panas. ibu meninggal pada hari Rabu, kami semua start demam hari Ahad. dan ia berjangkit dari sorang ke sorang sampai lah seluruh rumah tu demam. masa ni, ibu memang dah tak bercakap walau 1 ayat pun. dia semakin lemah. nafas dia semakin susah untuk di tarik. dia dah x sedar kami mandi kan dia, tukar baju dia semua..

2-3 hari sbelum hari terakhir ibu

anak kedua aku, Armel susah tidur. pelik nya sbelum ni, dia yang paling senang tidur. tapi 2-3 malam tu dy macam resah. tido kan kat bilik xnk, depan xnk. aku yg memang tidur dekat sisi katil ibu, saje letak dia di sebelah kaki ibu, atas katil.


kuasa tuhan, dia terus diam, lena sampai esok pagi.. entah apa yg dia rasa, hanya Allah yang tahu.



minggu ke 3 &4, Allah dah mula 'ajar' kami tanpa ibu. dari dia boleh cakap 10 ayat, sampai lah 1 patah perkataan pun kami dah dengar. rumah kami dah mula 'kosong'. kami tanya ibu, kami jawab sendiri. hanya mampu cium dia, pegang tangan dia masa tidur, baca kan yasin dan surah2 lain..


31 OCTOBER 2018
TANDA PALING AKHIR : Atas hidung ibu berpeluh

Pagi ni, kuasa Allah, kami semua di takdir kan untuk ada di rumah. Cucu2 ibu semua demam panas, x hantar taska & pengasuh. Aku, adik2 semua demam panas x pergi kerja. Adik lelaki aku semput. Betapa besar aturan yang dia atur, untuk di permudahkan urusan kami, ibu, utk detik terakhir. DIA izin kami menghadap semua nya..

Subuh tu, Aku perasan nafas ibu mcm berbunyi tapi x kuat. Nafas mcm laju dari hari sebelum nya. Aku kejut angah, kami juga mula panik. Pagi tu kami amik video nafas ibu, hantar pada doctor. Doctor itu terkejut, dan bagi kami whtasp



kami yang hanya teguk 1 cawan air utk srpn, memang langsung x teringat utk makan pagi tu. kami hanya nak ada di sisi ibu..

9.30 pagi - nazak

aku kami menangis, kerana kami sudah kena kuat, kerana hari yang kami paling takuti, akan terjadi bila2 masa je. kami call adik beradik ibu, call cousin2 terdekat, kami sama2 baca yasin untuk ibu.. suasana jadi mcm sayup sangat hari tu, kami bergilir2 ucap kan " LAILAHAHILLAH " di telinga ibu, dengan tangisan. sakit sangat bu. tapi kami redha, andai ini yang terbaik untuk ibu yg dah Allah atur..

11.30 pagi

ibu semakin nazak. nafas ibu berbunyi halus. masa ni cousin2 aku, kakak ibu, yg terdekat dah sampai, termasuk cousin aku, seorang doctor HSA. tiba nya seorang abang ibu, Pak Usop pada pukul 11.45 pagi, dia ambil kan ibu wudhuk. sapu air ke kepala ibu dengan doa. kami yang masa tu baru je duduk di lantai utk baca yasin,

terus di panggil oleh cousin kami yg doctor tadi, " cepat sini semua !, lafaz nama Allah sebelah ibu cepat"

rasa nak pitam masa tu, kerana detik itu sudah sampai. dan Allah bagi kami peluang 4 anak2 nya untuk menghadap saat akhir nya. Saat aku titip kan Allah, Allah, Allah di telinga ibu dengan nangis yang aku sendiri dah x pasti lebat nya ketika itu,

tiba2 ibu umpama menarik nafas yg panjang, dan di lepas kan dengan sangat2 tenang. aku masa tu jujur nya mcm ibu tidur balik ke ni, sebab ia nya sungguh tenang. subhanaAllah. tapi bila aku tengok badan ibu, perut ibu kaku, tiada lagi langsung apa2 pergerakan, saat ini

Allah, ibu dah xde ya Allah.....

itu lah pak usop, yg kami yakin, ibu memang tunggu pak usop hari tu...

kami berpelukan dengan tangis yang sangat hiba, nangis yang x pernah sesedih itu, nangis yang di iringi dengan kata2 " sabar mah, sabar long, Allah syg kan ibu, xnk ibu terus tseksa, awk semua dah jaga ibu, lepas kan dia long" .. sebak dan berat nya dada ,x mampu aku ungkap. terlampau sakit nya.

kami anak2 perempuan ibu dah siap kan ibu, sama yg macam ibu nak bu..

ummi, kenapa tutup muka tokmak ? tokmak nak pergi mana ummi ? kenapa tokmak sejuk ummi ?

kita sambung part 2 lah eh. mata dah x nampak nak menaip, banyak pulak habuk rumah ni. utk next post, aku akan kongsi kan mcm mana kami tahu apa perlu buat ( rahsia ibu )masa ibu baru meninggal, suasana, apa something yg 'allah maha besar' sangat masa mandi kan ibu, di kubur, surat yg dia tinggal kan..

buku yang penuh dengan air mata. i will share in next posting Part 2 ..


alamat akhir rumah ibu.....


 stay tune ye semua..can not handle anymore.. terima ksih semua..


Tuesday, October 17, 2017

She's a cancer fighter

Assalamualaikum..

so seperti mana selalu nya, blog hanya akan ter update andai nya ada benda yang aku rasa betul nak share. hehe so last update last year , maka genap lah setahun berhabuk. tapi kali ni punya update, its a bit different like my others entry yg selalu nya huha huha gelak sana gelak sini

Its all about my mom. my ibu. my best friend & my other half
Puan Norani bte Husin
Lung & breast cancer fighter ( stage 4)




pada yg masih belum tahu, ibu aku di sahkan ada cancer seperti di atas akhir tahun lepas. secara tiba tiba. without any sign. bagi aku cerita sikit pada awal nya macam mana semua ye.

This date
5/12/2016
1.05 am

aku tak akan lupa sampai mati. hari permulaan

malam yang sama mcm malam selalu nya. tengok tv, habis, dia naik atas tido ,kami anak beranak tido bawah depan tv. tiba2 hp aku bunyi, no ibu. angkat tapi x de bunyi. and i thought dia ter tekan, and i just ignored. selang berapa minit, ibu call lagi, but still silent. aku terus rasa x sedap hati, lari naik atas.

and aku nampak ibu mengigil tunduk sambil pegang dada. dia tarik tangan aku dan cakap, " ibu x boleh bernafas ni, sakit sangat". apa aku rasa ? macam ada karen jalan 1 badan yg meremang terlalu takut. air mata turun tanpa aku sedar. laju &mengigil.

aku kejut adik laki ,panggil adik ipar yg kebetulan balik & suami kelam kabut. semua dalam kdaan yang terkejut, dan dokong ibu turun & kami terus ke emergency. dalam berapa saat, penuh segala doctor kat katil ibu, wayar menjalar sana sini, segala mesin keluar masuk dalam tirai katil ibu. aku kat luar, debar hanya Allah yg tahu.

bermula detik itu, hospital jadi rumah kedua kami. segala procedure lah buat ct scan lah apa benda semua utk comfirm kan apa sebenar nya yg jadi dalam badan ibu. keadaan ibu masa ni, kritikal. masih sedar tapi fully helping by gas, x boleh bercakap, x boleh bangun, mengah, nafas yg sangat laju, lemah.

sebulan. sebulan makan ibu bersuap, mandi gosok gigi tukar pakai pampers kami buat, nak borak dengan ibu, berbisik.  suara ibu xde, terlantar. 



JANUARY 2017

Doctor panggil kami adik beradik untuk sampaikan something tentang ibu. memang berita yang kami paling berdebar nak tunggu. kami betul nak tahu apa dah jadi dengan ibu. kenapa tiba2. kenapa ibu. kenapa terus macam tu ?

" Apa yg saya nak maklum kan pd kamu semua, sy harap semua dapat bersabar dan kuat. setelah sample tisu di ambil dari hasil ct scan, mak kamu di sah kan menghidapi cancer. cancer paru paru & breast"

aku terdiam. aku menangis. aku terduduk. aku tengok adik2 aku, dah ter esak2 melepaskan tangis yang terpendam. belum cukup hati aku di toreh, doctor sambung lagi

" she's now at stage 4. we are really sorry to say this but theres nothing much we can help at this stage" sambil usap bahu aku

Allah. kali ni bukan hati di toreh, tapi macam di hempap dengan batu, macam nak pecah. ibu yang duduk di katil, yang mendengar &a menyaksi kan segala nya tadi, cuma tunduk sambil kesat air mata. rupa nya ibu dah tahu dulu sebelum kami. patut lah mata ibu bengkak sebelum doctor mula tadi. pandai ibu sorokkan...

sebelum doctor pergi, ibu panggil doctor. ibu tanya sambil kesat air mata

" berapa lama lagi masa saya ada doctor ?"

" i bukan tuhan, i sendiri x boleh janji berapa lama. itu kuasa dia tapi based on my experience, u have 6 month from now...

Allah......



untuk jadi anak sulong dalam adik beradik aku, sungguh, betapa berat nya bahu ni bila ibu mula 'menyerahkan' tanggungjawab semua nya pada aku. betapa seksa nya hati aku bila aku terpaksa pujuk hati utk x nangis depan dia. depan adik2 aku. tapi bila aku sorang ? air mata dah macam nafas. terjadi biasa.

telinga aku di saji kan dengan kata kata ibu yang mesti di mula kan dengan


"along, kalau ibu dah xde nanti"
ni bawah katil ibu, ada kain kapan, kain batik lepas, minyak wangi semua tau. apa2 nanti amik bawah ni je

"along, kalau ibu dah xde nanti"
call no ni tau, dia boleh urus kan jenazah kebumi semua, upah dia semua ibu dah siapkan

"along, kalau ibu dah xde nanti"
awak jumpa orang ni, orang tu, utk uruskan sekian sekian. document ibu letak kat sini, jgn pening2

dan yang paling aku sebak & terus menangis depan dia

"along, kalau ibu dah xde nanti"
jaga anak2 ibu yang lain, adik2 awak baik2. jangan pecah belah, awak ketua keluarga lepas ibu xde nanti. awak ganti tempat ibu. jangan lupa selalu doakn & jenguk ibu nanti. ibu tunggu...




allah!! untuk mhadap semua ni dalam sekelip mata memang aku x pernah jangka. siapa sangka dia yg aktif kerja sana sini, happy2 kelakar, tiba2 Allah ubah mcm tu je. malah ibu pernah cakap dekat aku


" patot nya awak semua bersyukur ibu ada sakit ni"

" apa pulak ibu ni cakap mcm tu. tak kan kite nak terima kasih pulak bu"

" cuba awak bayangkn, kalau malam ibu sakit tu, Allah terus amik ibu. ibu x sempat cakap apa2, awak x sempat buat apa2, x sempat apa2 pun. kalau tak sakit mcm ni, awak x merasa salin pakai kan pampers ibu, sikat kan rambut ibu setiap pagi, suap ibu setiap kali makan, ada kat sisi ibu 24 jam"

aku terdiam. bergenang air mata bila aku fahami balik kata2 ibu. ada benar nya. kalau benar Allah betul ingin menguji, mungkin malam tu sudah tamat semua nya. dan aku mungkin gila agak nya. tapi itu lah, DIA maha mengetahui. dia tahu aku x kuat utk itu & dia nak kami semua berbakti pada ibu sampai akhir hayat nya.





OCTOBER

dan dengan kuasa Allah, tempoh 6 bulan yang terakhir doctor bentangkan pada aku dulu, dah lepas ! malah sudah nak setahun ibu sakit. kuasa Allah ! chemo 6 cycle alhamdulillah bjalan dgn lancar. operation utk buang breast pun berjalan lancar. ibu cakap ini semua berkat orang2 yg doa kan ibu, buat yasin tahlil utk ibu, doa siapa yang makbul ,hanya Allah yang tahu.

memang ibu dah x kuat mcm dulu, tapi aku bersyukur,

dia dah mampu berjalan walau x selaju dulu,
dia dah boleh masak walau x boleh lama,
dia dah boleh drive walau x jauh,
dia dah boleh ketawa walau x serancak dulu

paling penting, dia dah boleh bercakap tanpa berbisik &mampu bernafas tanpa gas

semua doctor cakap ibu kes yang miracle. majoriti 'batch' ibu sudah kembali pada pencipta nya. tapi ibu Alhamdulillah mampu lawan walau aku tahu dia terpaksa kuat. terus kn lawan bu. bukti kan stage 4 juga mampu bertahan berpuluh tahun lagi.


UNTUK MU IBU

ibu, aku tahu sampai nanti 1 saat, walau sebanyak mana doa, walau seberat hati melepaskan, walau terlalu perit menghadapi, kita tetap akan terpisah. tak kan selama nya ibu milik aku milik kami.

maaf kan aku andai aku x layak untuk mjaga mu sbagaimana kau jaga aku masa kecik dulu. tapi percaya lah bu, aku & adik2 berusaha utk terus membahagia mu ,dan x pernah putus doa utk ibu kembali sihat macam dulu. kalau ada masih terkurang, maafkan dan tegur lah ya bu.


ibu nyawa dunia kami semua. xde ibu, hilang nikmat yang x terungkap, yang takkan ada penganti. aku tolak semua nikmat dunia untuk masa ini, hidup cuma utk kau & keluarga...


PESANAN IKHLAS DARI SISI SEORANG ANAK

hargai lah ibu kalian selagi diorang masih bernafas. cuba amik masa 5 minit, cuba kite ingat balik

bila kali terakhir

kita sikat rambut mak kita ?
kita pegang erat tangan mak kita ?
kita bagi dia duit ?
kita buat dia tersenyum ?
kita bawak dia pergi jalan ?
kita masak kan makanan favourite dia ?
kita suap dia makan ?

kalau kita x ingat bila , sesungguh nya kita sebenar nya semakin jauh dari dia. dan dia ? cuma mampu melihat & menanti tanpa mengungkit apa2. sedih kan ? orang yang masa kita kecik dulu, nyamuk gigit pun nyamuk tu kena bakor. 

cuba lah untuk berhenti

buat dia menangis kerana kita
buat dia sedih dengan sikap kita
buat dia kecewa dengan perangai kita
buat dia putus asa menasihati kita
melawan & tinggi suara dengan dia
abaikan arahan dia

kerana, percaya lah. segala apa yang kita lakukan sekarang pada mak ayah kita, 1 hari nanti kita akan merasa benda yang sama. kalau baik , maka baik lah. kalau sebalik nya, bersedia lah utk merasa keperitan tu. renung kembali hidup kita sekarang, kalau penuh dengan masalah, cuba kenang balik ,mungkin ada dosa yang masih x terampun.


bila kita mula ada kerjaya, ada keluarga, ada anak, semakin bkurang semua perhatian. kita sibuk kejar semua sampai lupa ada yang semakin tertinggal. sesungguh nya ujian nya ini, benar2 mbuat aku & anak2 umpama di tampar, untuk sedar dari lamunan. Allah uji kerana Allah syg..


SURAT UCAPAN KETIKA BIRTHDAY 28 TAHUN

di sini, aku nak share surat yang ibu bagi masa birthday aku yg lepas. masa ni ibu terlantar, nak bercakap pun mengah. dia pegang tangan aku sambil hulur 1 surat, sambil cakap

" ibu mintak maaf. birthday awak, awak kena jaga ibu. ni. wish ibu. nanti baca ya. ibu syg awak"

x mampu utk aku tahan air mata masa ni. macam ada sesuatu yang sgt berat kat dlm dada ni. aku taip kan isi kandungan surat tu kat sini, nak share tulisan x clear..

Dear Anakku Rahimah,

Anakku along Rahimah, happy birthday along. Maaf kerana tahun ini kita tak dapat celebrate bersama. TAPI, sebulan sebelum itu, along dan adik2 telah menghadiah pengorbanan besar menjaga ibu yang sakit terlantar hingga sekarang. TQ kepada menantu2 ku banyak berkorban masa , tenaga &kewangan. 

semoga along, angah, ika & yul dapat menjaga ibu hingga akhir hayat ibu ya..ibu sayang anak2 ibu sampai syurga..


rasa2 apa keadaan aku masa baca ni ? 

hehe ok lah, cukup la ya sampai sini aku share. penat dah ni asyik nangis je. pedih mata i. tapi last, aku share kan 1 ayat yang aku tak akan lupa sampai bila2 & masih terngiang2 sampai sekarang. ibu cakap masa salam waktu raya yang lepas..

" maafkan ibu kalau ada tmarah awak selama ibu sakit, terima kasih jadi tulang belakang ibu"

" doakan ibu sempat sambut raya lagi tahun depan ya"

menangis, peluk aku. 

ahh dah. cukup lah eh, nanti aku sambung lagi. terima kasih kerana membaca & aku mohon terus doa kan wanita teragung ini terus kuat melawan kanser & kembali pulih. amin amin ya rabbal alamin..

p/s : masa ni rambut ibu baru sepenuh nya gugur dan bulu mata pn gugur. pucat kan ? bye semua..



Monday, November 28, 2016

My Labour Story ( Nur Armel Raudhah )

Assalamualaikum hai !

yeah ! im back after 2 years baby hahahah memang tunggu beranak je aku syak aku update blog ni. shiannn dia. sorry blog, now dah fb ig, we so busy there.

tapi blog ni lah tempat paling sesuai untuk aku membebel or nak share story yang panjang lebor ye tak. baca lah dengan hati yang tenang. xde kena mengena kan ? ok dah

jom kali ni aku share pengalaman beranak kan anak kami yg ke 2, Nur Armel Raudhah binti Mohd Afzannizam.

Nur - Cahaya
Armel - Puteri
Raudhah - Taman syurga



alhamdulillah kali ni di beri rezeki baby girl. sungguh, bila orang tanya "wei macam mana nk dapat baby girl wei ? aku anak dah 8 laki ni" hahah ! sungguh, aku xde jawapan. xde skill pe mende semua. cukup aku boleh cakap

jangan mengharap jantina, redha, apa Allah bagi terima. ha kan lebih senang ? aku tau dapat baby girl pn masa dah 8 bulan gitu. so Alhamdulillah dah sepasang. relax dulu lah 5 taun ke ek ? HAHA mampu ke ? keh keh

ok dah , kita mula

30 May 2016
Monday
9.30am

tarikh ni sebenar nya tarikh last aku check up. seminggu sebelum due date. so datang hospital mcm biasa, xde perasaan, ketawa2 lah pe benda ngan laki aku. due date aku spatot nya 1 June 2016. so mcm biasa masuk blik doctor, check2

check punya check

puan, air ketuban puan dah kurang ni, ada bocor
ha ? bocor ? bila ? sy x perasan apa2 pun ?
ye puan, air ktuban puan dah kurang sgt ni. sy rasa dy keluar sekali masa puan kencing
ha ah, sy lately ni mmg sejam sekali buang air kcik doctor
sy check baby ni pun, berat lebih dr 3 kg ni puan, besar. kami jangka 3.5kg ni
aku ? terdiam

kita x boleh tggu sampai mggu depan ni puan, puan kena keluar kan baby scepat mungkin

ha ? serious ke ni doctor ? bila ?
puan anak ptama ceaser kan ? baby berapa kg ?
aah, emergency ceaser, bahu sangkut masa meneran. 4 kg doc
sy suggest kan puan elective ceaser utk kali ni puan, utk keselamatan puan & baby sebab tadi kita check jalan pun puan masih xde bukaan apa2
doc serious ke ni ? kalau sy nak normal jugak mcm mana ?
sy cuma cadang kan apa yg tbaik utk patient sy. kalau puan bkeras nak normal, nak tggu due date puan, apa2 risiko lepas tu sy x nak tanggung

maka mula lah dia cerita banyak kes baby lemas, tiba2 x bgerak sebab x sedar air ktuban dah xde, kalau lambat keluar baby boleh syndrom itu ini

kau rasa ?
dah dengar mcm tu, ngan laki aku tggu luar, mau x bgenang air mata ni. terus seram sejuk jadi nya smbil tangan pegang perut

mcm mana puan ?
hm. masa ni aku tahan je nak nangis. bukan sbb takot nak kena operate lagi, bkn takot x boleh normal, takot dgn kdaan baby dalam perut ni. dalam hati, baby kuat baby jgn buat ummi takot

bila doc cadang nak buat operation doc?
kalau malam ni ada kosong ,malam ni jugak kalau boleh
ha malam ni ???
ye malam ni. skang awak boleh balik packing baju, datang masuk wad

aku terus terdiam. nervous takut semua ada. yela benda x aspect kot. tiba2 kena beranak malam ni

doc check2 jadual. malam ni full. so esok pagi nya lah. tapi aku still kena msuk wad jugak petang tu. maka keluar lah aku dr bilik doc dengan juraian air mata wanita pergi kat laki aku

terus tbangun dy, tkejut

nape ni sayang ? ada apa ?kenapa baby ?

syg kena keluar kan baby scpat mungkin abg. doc takut baby lemas. lagi dy jangka baby kali pn besar juga. * masa ni ckp dah tsedu2 lah ni nangis
abis  bila tu kena syg ?
kalau x malam ni abg. ptg ni syg kena msuk wad dah, pagi esok nama syg msuk list utk operation
ha ? kena operation lagi syg ?abg x boleh lah dengar benda ni, *bgenang air mata dia

maka dalam keta , aku diam je la sebab sibuk menangis. risau yg amat sebenar nya. terus teringat esok nak kena masuk bilik bedah lagi. terus teringat sakit yang dulu.

laki aku pegang tangan aku, smbil ckp

syg kena kuat eh syg, jgn sedih2. abg tau syg boleh hadapi benda ni, syg dengan baby sama2 penting
hm ye , tapi syg takut
apa yg doc dah cadang kn, dy nak yg tbaik untuk patient dy, ini dah jalan DIA tentu kan syg
hm sorry abg, syg mnx maap
kenapa tiba2 mintak maap pulak ni ?
sebab tak boleh bagi abg anak ramai, abg tau kan kalau dah 2 kali ceaser, anak pling ramai pn boleh 4 orang je ? n syg dah xboleh normal lagi, ke 3 n 4 pn akan ceaser jugak

tangan aku dy pegang lg kuat,

jangn pikir bukan2. cukup lah apa yg DIA dah bagi ni abg dah bsyukur dah. dah ini aturan dia syg, kite siapa nak buat jalan kite sendiri, allah tau yang tbaik, kite kena yakin tu

sampai rumah, nangis lagi depan ibu pulak hahaha nangis je la keje aku ari tu. n laki aku pn packing segala benda, call hospital utk booking wad kelas ptama yg sntiasa full, bawak makanan air pns semua

dan check in jugak lah aku petang tu. dah kena puasa. tinggal sorang2. nangis lagi sebab first time tinggal kan si Arfan tu, sepanjang dia hidup xpernah lg dy x tidur sbelah aku. ish. sedih.

sakit ke x sakit ke, gengster tetap kena bawak k

gambar last laki i amik sebelum i beranak ni hahhaa

31 May 2016
Tuesday
8.15 am

so pagi tu laki aku datang jap, bwk baju lagi. dy tanya nak dy stay x sampai aku masuk bilik bedah, aku ckp no need lah sbb xtau lagi pukul berapa. penat pulak nanti. so 8.40 mcm tu dy balik dulu rumah.

aku dah stand by sebab doctor cakap turn aku maybe dalam tengah hari atau petang. masa ni dah kena puasa dr kol 12 mlm td. tp aku makan jugak roti. lapo wei hahah hembus je kan

tengah2 aku berangan nengok tv, tiba2 nurse masuk

ema, awak dah boleh stand by ye. turn awak kejap lagi.
ha ? sekarang ke nurse ? nurse cakap tgari ke ptg ?
ye, betul. doctor yg btau ni. awak siap2, hp bagi sy, kite pergi masuk tiub dulu
aku ? PERGH ! 

kau faham x benda tiba2 ni seriau dy mcm mana ??
dah la smlm tiba2 kena suro beranak, pastu pagi ni tiba2 kena operate dah. dah la laki aku baru balik. berapa banyak dah lah ema oi ai

dan yang paling aku takut sebenar nya ceaser kali ni
semua benda dia buat hidup2. masuk tiub, inject yang kat tulang blakang bdn tu, kau akan nampak segala nya, kau rasa org tekan2 perut kau, kau nmpk doctor2 skeliling kau buat kerja. pergh

sebab dulu , aku emergncy ceaser. sikit lagi nak normal, ada emergncy. so aku full bius. aku x sdr apa2, sdr2 baby dah kat sblh je. tp kali ni, kau rasa. pergh

aku dah kelam kabut. aku xtau nk call laki aku dlu ke pergi masuk tiub. aku pn x pkir apa trus gi masuk tiub, masa ni aku gigil dah sbb org cakap pedih. yela, byg kan dy msuk kan tiub kencing tu kat bwh kau ,hidup2. 

dan masuk lah ia dgn linangan air mata wanita ku menahan pedih. terus aku bring atas katil utk tggu staff bwk aku ke bilik bedah.

sbelum tu smpat lagi aku mintak nurse call kan laki aku btau

dan aku di usung lah ke blik bdh oleh 2 org staff lelaki. laju, sejuk, mgigil, takut semua ada. yg aku nampak cuma lampu2 hospital kat syiling tu. sampai lah masuk dalam bilik bedah

pergh, penuh beb staff dlm tu. yg btopeng keliling katil aku yg ada lah 6 ke 7 org. belum lagi staff2 lain yang tukang cucuk tangan aku, btul kan tdung, pegang kan tgn aku, tukang nengok monitor, yg pgg gunting segala tu. allahu, mcm nak tcabut beb jantung aku masa tu

doctor pkenal kan diri, n btau akan cucuk sikit kat blakang bdn aku utk bius. yang mana aku tau ini detik paling SAKIT untuk ibu2 yg amik ni akan rasa. dlm hati selawat banyak2 dah mse ni, aku rasa dy lap bdn blakang aku dgn kapas sejuk

and hmm, 


satu rasa yg susah aku nak gambar kan, merah tgn doctor tu aku genggam mnahan sakit, kluar lagi air mata aku, n plahan2 aku di baring kn balik. sakit dia masa ubat ni masuk tuhan je tau.situasi sebijik la mcm gambar bwh ni. beza nya aku kena smbil duduk tlunjur.


jarum dy bukan nipis mcm inject biasa, tebal ko tau ?

aku di baring kan. masa ni nurse2 kat sblh aku pgg2 bahu aku, btau suro gerak kan kaki. kalau aku boleh rasa lagi kaki aku grk, mean bius tu belum jalan lagi. x smpai 5 mnit, aku x rasa apa lgi dr bhgian perut ke bawah. mamai masa ni,aku nengok atas je smbil air mata ni mcm paip x de tutup


aku rasa perut2 aku kena tekan, goyang2 kan, aku dgr bunyi monitor, dgr doctor suro pass itu ini, nurse sentiasa pgg tgn aku tanya puan ok ye, puan sabar ye, and x smpai 20 mnit, aku dengar suara baby nangis, alhamdulilah !! akhir nya kau keluar dgn selamat syg. terus doctor tunjuk kan baby kat aku, 

nah, see your baby, very cute !
automatik bila nampak bsr nya dia masa doc tnjuk,
berapa kilo ni baby sy doc ?? 
3.89kg !
wowwww hahahah tp aku bsyukur bila nampak dy sihat smpurna. sebijik abg dia dulu. subhnaAllah !



maka siap proses jahit apa semua, aku di letak kan kat ward lain kejap. bagi kebas kaki hilang kata nya. tapi masa ni, sejuk gila ! mcm x pakai baju pastu kena sumbat dalam ice box. mgigil2 tangan aku sampai aku tketap2 bibir aku. aku tanya nurse, kenapa i sejuk sgt ni, xtahan !

dia ckp sabar ye, itu mmg normal, kjap lg dy hilang. aah kejap sgt, 40 minit ada aku ingat aku kejung hahaha haish kenangan2

ok dah lah ,maka waktu beranak si Armel ni tepat 9.35 am. dan bapak nya masih kelam kabut baru nak datang hspital. HAHA 





 itu je lah rasa nya yg boleh aku share. banyak beza antara emergncy & elective ceaser ni. nanti aku free aku share beza dy pulak ye. sape lepas ni aku dgr dia ckp beranak ceaser x sakit, meh sini biar i pulak operate u. hahaha kalau u kata x sakit, i bagi u 8 juta. keh keh. 

ok lah tu je. share sikit gambar si Armel ni, smoga aku rajin update psl lain topic pulak ye. siapa nak baca masa Arfan, ada kat sini ye kasi klik 1 kali. My Labour Story ( Muhammad Arfan Ramadhani hehe thanks korang yg baca n thanks jugak yg scroll je nengok gmbr. hahaha bai !





eh lupa last. nampak x gmbr last ni, pipi dy merah kan ? masa ni doctor ngan nurse sama2 naik cubit pipi dy. diorang cubit macam cubit dodol, aku nengok kan je, mentang2 budak tu x geti ckp sakit. nak aku marah nanti kena operate lagi pulak ! HAHA ok dah bai lagi.