Total Pageviews

Saturday, November 14, 2020

Selamat tinggal, sahabatku..

 Seperti yg di janji, khas entry untuk mu sahabat. sebelum tu nak make it clear sikit, #thedatins yg akan sy guna kan nanti merujuk pada nama group psahabatan kami. 10 orang semua nya dan akan sentiasa 10...

** chik stand for Kechik, nama yg kami panggil dia..

11 /11/ 2020

RABU

9.00 malam


Tengah layan mata sebenar nya masa ni, tengah tidurkan anak2. Tiba2 group whtasp kami masuk bertalu2. Ayat 1st yang aku nampak keluar dekat screen,

" nak bagitau Farrah sekarang dekat icu kritikal. doa kan dia sedar"




aku macam, eh farrah mana ni ? tak kan kechik ??! 😭memang automatik terus terbangun, duduk. segala nya jadi terlalu pantas, semua dalam group kami #thedatins masih tertanya2 kenapa, macam mana boleh tiba2, accident ke dia ?

soalan demi soalan kami tertanya..dan malam tu kami semua mmg dah bengkak mata menangis, xboleh tidur, takut nak tidur, jadi takut tengok whtasp masuk. apa semua ni, mimpi ke ? baru smlm kau upload gambar muka kau kena saman polis Chik. πŸ˜–


tak kan hari ni tiba2 kau dah koma ?πŸ˜– betapa malam itu kami mharapkan sgt kau cepat sedar, kami yakin kau boleh punya bangun, 

sebab kau kan kuat chik, aku ,kami semua tau tu

tapi rupa nya petang tu..

kau jatuh dalam bilik air kat tempat kerja kau chik. officemate perasan selepas setengah jam kau x balik2 tempat duduk kau πŸ˜”..5.20 pm kau masih whtasp lagi dengan tunang kau, 5.30 kau dah xbalas2..bdasar kan cerita kakak office yg jumpa kau, kau dalam toilet lagi ,yg terkunci. mereka panggil tapi x bersahut. dan bila pintu di buka, kau dah rebah di lantai, dengan bibir yg kebiruan. allah, x dapat nak aku bayang chik !!

dan segala nya jadi tlalu pantas. masa diorang jumpa kau, nadi dah xde..doctor buat CPR dan berjaya dapatkan semula heart beat kau chik, walau kau dah x sedar lagi masa tu..dan di pendek kan cerita, dari hsptl swasta ke gomen, hasil ct scan menunjuk kan berlaku pendarahan dalam kepala dia

allauakhbar, apa yang kau nak uji kami ni ya allah. kenapa kechik ?πŸ˜” kenapa kena tiba2 macam ni ? kenapa kenapa tu semua mmg yg dok berlegar dalam kepala. bukan kami ini x terima kenyataan tapi aku x pernah terdetik walau sikit untuk terbayang ni semua terjadi chik.. sumpah..


11.00 malam - 6.00 pagi

kami memang xboleh tidur, whtasp sentiasa masuk. mata dah bengkak menangis. kami baca yasin chik untuk kau supaya kau cpt bangun, bangun untuk baca semua whtasp2 kita,

tapi malam tu, kami di kejutkan lagi bila,

 doc cakap, kau dah 50-50 chik !😭😭😭

apa ni. terasa mcm kena tampar ! apa yg kami dengar ni. doc siap dah bagi kau bantuan pernafasan guna msin chik ! tuhan je tau betapa pedih nya hati kami bila kami tau tu chik..semua menangis sungguh2 sbb sungguh kami x sangka..πŸ˜–

ktorang semua bacakan kau yasin, x putus harap lagi moga ada keajaiban dari Allah untuk kau chik. aku nak kau balas whtasp2 ktorang dengan ckp

" wei korang relax lah, aku ok aku ok. aku pengsan kejap je tadi"

tapi tu semua mmg mimpi. betapa hati aku ni meronta nak balik Jb chik, aku nak pergi hsptl tengok kau. 

dan pagi tu doctor mintak family kau balik chik sbb doc nak buat test covid. xde spe boleh teman. apa2 semua kena tunggu call dari hospital. allah, lagi lah ktorang risau n sedih chik, sbb mbayang kau sorang2 kat sana.. mesti kau sejuk dengan penuh wayar tu semua chik allahuakhbar !😌


8.00-12.00 tgah hari

kami semua sntiasa update dengan kakak kau pkembangan kau chik. kau bertuah sbb kau ada kawan kita, deli & hisyam yang banyak tolong update kan keadaan kau kat sana. dan dari situ kami jadi tau,keputusan covid kau negative chik ! alhamdullilah !!πŸ’— masa ni aku mcm ada ssuatu yg baik akan jadi, ni pkembangan positive ! kau mesti boleh sedar ni chik sbb dari icu, kau di transfer ke bahagian neuro. dan kami jangka kan

kechik dah gi wad biasa kan ni ? alhamdulillah !


2.30 petang -6.00 ptg

masa dah masuk wad neuro tu, doc dah panggil semua family member dia hospital.  kami mharap segala yg keluar berita2 baik utk di sampai kan..

tapi yang kami dapat dari tunang kau ,


sekali lagi kami meraung chik, 😭aku x pernah sangka aku akan hadap situasi mcm ni lagi lepas ibu dulu . sakit nya dada tu allah je tau. organ dalam badan semua dah x function, penyalur darah kau pecah, segala operation x boleh di buat.. doc siap cakap,

sebenar nya kau dah xde,😭😭 tapi paru2 kau masih ada. doc akan tunggu sampai dia stop sendiri sbb graph kat mesin makin lama mkin x cantik.. 😰cuma tunggu masa..allah..apa lagi kami nak harap ni chik..

aku terus call kakak kau , x sempat aku cakap, kakak kau dah meraung


semahhhh...kechik semahhh, allahhhh..adik aku semahhhh.. kechikkkkk...allahhh...


dan kami membiarkan telefon cuma diam dengan bunyi tangisan kami yg dah tersedu2 tu chik ! 😭😭kau tengok apa kau dah buat kat semua orang yg sayangkan kau ni ..kau dah lah berdua je beradik dengan dia, kau xde, siapa nak jaga kakak kau nanti..😰

dan phone di pass kan pada mak kau. masa ni aku dah kesat air mata, aku nk buat mak kau kuat chik. aku x nak dia dengar nangis ke apa. baru aku lafazkan,

" cik, cik kuat ye cik,kuat kan smgt cik"

terus mak kau ter esak2 nangis chik, smbil bgetar2 suara dia cakap

" makcik kena lepas kan dia ke ima..

cik kena terima sbb cik mak dia kan..

nak tak nak cik kena lepaskn dia kalau tu yg terbaik walau berat..

cik x sangka dia pergi secepat ni ima..tiba2 mcm ni ,,

.. cik sayang sangat kat dia.. allah.."


😭😭😭 dan sekali lagi, pbualan kami terhenti sbb dua2 menangis....


8.30 malam

masa ni aku dah nekad utk balik jb. aku nak pergi balai utk cuba mintak pelepasan balik kejap. aku nak jumpa kau , aku akn jadi ralat kalau aku x pergi..aku siap2, call makcik aku utk tumpang kan anak2 malam tu. kemas baju apa yg patut nya

otw ke balai, aku dapat ni pulak dari tunang kau..

allah, mmg lagi laju hati aku nak balik.πŸ˜– aku mmg doa sungguh2 allah mudahkan urusan aku nak rentas daerah ni. sampai depan balai, tengah aku duduk tulis surat, depan anggota polis dalam tu

tiba2,


9.39 malam 


allauakhbar, allah !😭😭😭😭 aku menangis mcm air paip pecah kechik depan polis tu. tangan aku mngigil tulis, habis basah kertas tu. dari aku nk tulis melawat shbt tenat, aku kena tukar kepada meninggal dunia !! πŸ˜–habis tulis tu aku terduduk, aku pejam mata, aku nangis dah mcm budak yg hilang mak. aku dah xkisah siapa ada dalam balai tu dah..

dan alhmadullilah, aku dapat pelepasan walau cuma sekejap. masa ni cuma deli & hisyam ada kat hsptl. diorang sntiasa update n call aku utk pasti kan bukan aku yg drive sndiri pergi sana, n dorang tunggu kau kat hsptl smpai ke bilik mayat..


12/11/2020- 12.30 pagi

aku sampai bilik mayat, kau dah tengah di mandi kan n akan di kafan kan dlm tu. aku nak tolong tp SOP xboleh lebih orang. dan rezeki, aku dengan suzy dapat teman kau dalam van jenazah tu malam tu. dengan kakak kau sekali.. kau ingat tak dulu kita nak gi mana2, mesti antara kita 3 ni lah yg akan amik salah sorang naik 1 kereta. sbb kita rumah dekat kan chik hehe.......πŸ˜”


1.15 pagi

masa ni kau dah smpai rumah mama. bila kain kapan kau di buka kat muka tu, allah, cantik nya muka kau. kau mmg mcm tidur je chik. 😍sejuk. di saat tu, aku cium dahi kau, sungguh !

rasa sayang aku utk kau bukan sekadar sbb kita dah kawan lama, tp aku dah rasa mcm aku tengah cium adik kandung aku πŸ˜­πŸ’“..smbil cium aku sempat bisik,

" aku datang ni chik, aku datang ngn suzy,kau rehat chik, kau rehat.."

dan kami jadi saksi utk tengok reaksi mak ayah kau utk kali ptama nya tengok kau lepas dah di kafankan. sedih wei sumpah sedih. πŸ˜”ayah kau peluk kau, sungguh2 dia peluk kau..

dia cium kau smbil cakap,


" ayah sayang adik, ayah syg adik"

"ayah peluk adik ni dik ,ayah dah peluk adik"

"ayah maafkan adik.. ayah halalkan semua nya adik, ayah halal kan.."

"ayah sayang adik, ayah sayang adik "😭😭😭


kau rasa apa perlu aku rasa masa ni chik, bjurai air mata ni.πŸ˜– sakit nya hilang anak ni, allah je yg tau. berpuluh tahun diorang jaga kau, tapi ujian mereka, sekelip mata Allah amik semula..


10.00 pagi


kau dah selamat sayang, akhir nya kau pulang jua. pulang ke tempat asal kau dan kita semua. rumah terakhir kita. tiada kata mmpu kami lafaz melain kan kami redha dengan ketentuan ini.. sesungguh nya Allah pilih kau sbb kau adalah yg terbaik dari yg orang lain. Allah amik kau sbb kau insan terpilih utk pergi pada malam jumaat..pergi nya kau mudah, kau x susahkan orang, macam tu je. walau kau pergi tanpa mninggal kan apa2 pesan chik, πŸ˜”

terhenti sudah cerita kita, yg dah kita bina bersama #thedatins dari kita 13 hingga 31 ni chik..entah kenapa sepanjang aku taip ni, seolah olah aku tengah cerita kan cerita ni semua dekat kau.. macam kau yg akan baca.. sorry, apa yg di luah hanya apa yg ada di dalam hati dan kepala..πŸ˜”

tapi chik. maaf, ada 1 benda yg aku ralat sangat sebenar nya,

ahad lepas kau baru je buat kursus kahwin dengan tunang kau. kau akhir nya jumpa someone yg betul ikhlas syg kan dan hargai kau. and kita semua excited nak tunggu wedding kau next year, tapi ,

mungkin Allah nak temu kan korang di tempat yg lagi kekal abadi chik. terima kasih Amirul sbb kau buat shabat kami rasa nikmat bahagia tu ,smpai akhir hayat dia..kau tunggu Amirul kat sana tau..πŸ’—

pemergian kau mbukti kan bahawa benar lah janji Allah mati itu mmg pasti. tak lambat tak awal, walau sesaat. kau buat kami semua tersedar, dan berfikir, adakah bila sampai turn kami nanti, kami akan bersedia..kat mana entah masa tu, tengah buat apa, pakaian macam mana kami pakai, siapa yg ada dgn kami, macam mana semua lah...πŸ˜–


selamat tinggal sahabatku, 

aku, kami, bukan tak terima kenyataan ni kechik, tapi hati ni,

cuma rindu....😞




berbahagia lah kau di sana. akan ku simpan semua kenangan kita rapi di dalam hati. moga Allah temukan kita semula di atas sana kelak..aku sayang kau sangat, terima kasih utk 18 tahun yang indah, persahabatan kita dan #thedatins mbukti kan bahawa sahabat itu benar wujud..kita akan teruskan sayang ini, sampai akhir hayat kami.. 



terima kasih semua atas doa2 dan terima kasih juga sudi baca sampai habis..sudi lah kira nya sedekah kan al fatihah pada arwah ya.. moga kau tenang di sana..kalau jumpa ibu, tolong peluk cium kan dia ye chik.. assalamualaikum....





1 comment: