Total Pageviews

Sunday, April 14, 2013

KAMI - episod 2

assalamualaikum uolls ! hihi

ok dah, sperti yang aku janji kan, chapter ke 2 mjelma. aku ni busy ye anak2, bukan 24 jam ngadap benda ni. so bila aku free bru aku update.

kepada peminat2 yg sentiasa menanti, sabar ye. HAHA =.='


ok dah, episod lepas, aku cakap pasal mcm mana kami kenal semua kan. so skang persiapan nye lah.

eh kejap. first aku jumpa mak dy lepas kejadian tragis dulu, masa wedding sedara dia. jumpa dalam surau masa singgah solat zuhur before g uma pengantin.

ayat first aku cakap kat mak dia, masa 1st jumpa lepas wedding last year tu,
" mak cik x kesah ke dapat menantu gemok macam sy ni ? " nampak x betapa confident nye aku ? haha !
" eh apa cakap mcm tu ! mak cik xkesa tu sume, yang penting agama, tau adab ngan org tua" , smbil pegang lengan aku. fuhhh. cair. hehe

ok dah. pada yang x tau, tunang ni sume aku mmg SEMUA majoriti buat sendiri. hantaran, bunga kat pelamin tu, hand flower tu semua aku buat. biasa lah, excited kan. hihi mmg senang kalau amik pakej tunang kat bridal. tapi rm1200+ compare dgn baju + make up + plamin + photographer cari n buat sendiri, amat la berbaloi ye anak2. pueh ati den.


bunga ni pakai kertas warna size A4 je. buat dia cane ? search je tenet. buat sendiri. kena yakin, baru boleh jadi. mula2 nengok pelamin orang lain, puji cantik cantik. tanya bridal, punye la mahal dy cas. last2, nekad buat sendiri. kos ? x sampai rm50 pon untuk bunga2 ni semua :)




bunga ni aku beli kat kedai bunga yang kat angsana tu. 1 jambak, *betol ke ayat aku jambak ? HAHA. 1 jambak ni RM8. aku beli dalam 6 kot. kalau x silap lah. nak jadi kan bulat, beli lah dy punye kabus tu. kalau beli yang dah siap berapa ? RM 78. ni harga kat angsana la. nampak kan saving dy ? hihi



tadaa. gini la hasil nye. bulat putih kat tengah tu, cari la kad yg keras sikit, potong bulat, kasi tampal. ada orang tanya macam mana aku buat kad ' officially engaged' tu. pakai papan hitam yang kecik ke, tulis pakai kapur ke. nehiii syg2ku. pakai kertas hitam besar sikit, tampal kan kat kertas keras. tulis pakai liquid paper. jadi aje ha. hihi


seminggu sebelum majlis, aku ngan dia sama2 mcm x sangka betol ke kita dah nak tunang ni. HAHA benda x sangka jadi secepat ni. mmg sangat bersyukur Allah permudah kan ni semua dan lagi bersykur sebab jalan cerita ni mmg sangat2 buat aku happy. niat dia, effort dia ke arah ni, cukup untuk buat aku tsenyum je. sampai lah sekarang :')


ok dah. cuci mata la sikit masa majlis ye. yang dah nengok kat fb, xmo nengok lagi. muntah kang. hihi yang belom lagi, moh lah kita





ok di sini aku serta kan dialog. supaya kalian lebih mudah faham apa yang ingin di sampai kan. hahaha.




orang kuat majlis. ibu comel saya dan adik beradik beliau a k a pakcik makcik saya. hihi



kejadian bawah ni memang betol tau. mak dia tgelak sebab aku pulak yg duduk kat kerusi. aku sambil salam tu boleh tanya lagi
" eh, saya duduk kat tepi katil kan patot nye ? " *tgelak. HAHA tu yang mak dia tsengeh je tu hahaha =.='




nampak. sempat kan diri amik gambor sebelum turun. ni baru lepas sarung cincin ni. hahaha apa punye perangai la aku ni



ok. gambar 1st ni, aku memang dah niat nak cover ayu je masa naik pelamin ni. lagi2 mak dia ada kat sebelah kan. haha tupppp gambar 1st amik, sepupu2 aku boleh pulak bikin line panas cakap

" dah2 lah mah cover ayu kau tu !"
" buat lah muka buruk kau , pandai blakon eh !"

oh cabar ? automatik gambar kedua, gitu la rupa aku. HAHA abis bgegor umah tu dek gelak diorang ni. depan pelamin ni penuh orang sebenar nya. tu yg cepat je tcabar. hahaha



masa ni memang teruk si dia kena bahan ngan cousin2 aku. tu yang muka cover gila. aku ? aku memang dah jadi aku yg sebenar la kan. bakal mak mertua pon dah kluar g makan masa ni. mmg lagi teruk la aku bahan dia masa ni. HAHA





ok dah. ni semua scene2 yang di shoot lah. hihi



gift bagi kat tetamu. dalam tu pewangi. hihi



ni lah sepupu yang gila2. ni baru suku aku rasa yang datang. kalau penuh, mmg lagi teruk lah jadi nye. hihi




nampak kan muka aku cane bila ngan family belah laki ? hiihi



i love u so much my family :')



ok dah. hehe


perasaan bergelar tunangan orang utk 3 minggu ni ? Alhamdulillah, bahagia sangat. i don't know how to describe my feeling rite now tp siyes, penuh bunga dalam taman ni. HAHA alhamdulillah, sangat2 bsyukur dengan pemberian Allah ni.


terima kasih awak untuk meletak kan our love based on Allah as a foundation. keyakinan untuk dia membimbing aku untuk terus istiqamah semakin hari makin kuat. sebak sebenar nya dengan pemberian Allah ni, untuk aku yang x sempurna banyak dosa ni. sesungguh nya perasaan berbunga tu makin bcambah untuk persiapan ke hari 'bahagia' kami. mohon doa kalian untuk mendoa kan hubungan ni di berkati Allah dan rasa ni kekal selama nya. amin amin ya rabbal alamin :') 



Tuesday, April 2, 2013

KAMI - episode 1

assalamualaikum uolls ! hehe

hai korang ! ehem, macam biase lah, blog yang bhabuk ni cuma ter update kalau ada pape yang aku rasa nak update. haha

fyi, i'm engaged bebeh. sangat2 lah x percaya udah hampir seminggu lebih jadi tunangan orang. tak sangka sebenar nya. sekejap je, dah lepas pon stage ptama. alhamdulillah !

ramai yang x sangka aku ngan dia ni. let me call him 'tojam'. hehe. pada yang x tahu, moh i share sikit ye macam mana kami kenal, macam mana jumpa balik, n macam mana kami sama2 tgerak hati untuk x nak couple, nak cepat halal ;)



  • dia kawan 1 teknik aku. kitorang 1 sekolah dulu masa form 4 n form 5. x ingat aku tahun bila. 2005-2006 kot
  • orang panggil dia tojam, orang panggil aku semah =.='
  • dia AJK sukan, aku top 10 student perempuan paling nakal. * nice kan ?
  • dulu masa kat sekolah, bergaduh je ngan mamat ni. bukan btumbuk. tapi biasa la, perangai aku pon x berapa nak perempuan sgt. haha !
bila kami jumpa balik ? masa wedding sedara 'kami' kat batu pahat. bulan 10. taun lepas. aku x ingat tarikh nye tapi dia yang ingat, it's 28 october 2012, ahad :)

nak tau macam mana detik2 kami jumpe balik after 6 to 7 years ? kejadian ni blaku depan mak bapak dia ye kawan2. so sila bayang kan keganasan aku.

aku nampak dia ngan parents dia mai masuk kwsn wedding tu. macam kenal. so dengan ganas nye aku jerit

" zam ! woi zam ! zammm !! zam ! woi ! "
dia x dengar langsung. aku kecewa. aku cuba try lagi sekali. ok, aku betol kn, ni jerit bukan sebab aku nak usha dy ye, nak dy nengok aku je. HAHAHA

" woi semah !"
" woi zam ! apa kau buat sini ha ??! "
" teman parents aku lah, ni rumah sedara aku la gila"
" pergh, ni pon uma sedara aku. sedara lah kita eh HAHA"


" mah, makin gemok dow kau !" " muka mengejek
" biase la tojam, bahagia, kena la gemok" * ayat cover =.='

borak2 kejap, masing2 sambung makan.

OK, AKU TERANG KAN LAGI SEKALI YE. kejadian ni jadi DEPAN parents dia n begitu lah first impression mereka terhadap aku. wanita yang @#$% apa ntah perangai. HAHAHA 

nak di jadi kan cerita, masa balik kami sama. so aku pon macam biasa la borak versi laki ngan dia, DEPAN MAK BAPAK DIA ye kawan2.

" woi zam, kau bila nak kawin gila ? dah tua kan !"
" aku tunggu kau kawin dulu lah !"

nak tau apa aku jawab ? berani mati punye statement
 " aku kan tunggu kau minang, baru lah aku ley kawin ! HAAHAH" gelak besorrrr

dah habis gelak masing2, baru lah aku perasan mak dia nengok kan je aku. PERGH. dengan ayu sopan santun, aku g kat mak dy, salam. nampak kan kongajo nye aku ? HAHAH

siap mintak maaf lagi, " mintak maaf cik x perasan, terlambat pulak salam" HAHAHAH damn =.='


ok dah. pastu masing2 whatassp lah, no masing2 mmg ada simpan. xyah la aku cte banyak, konon2 terputik lah cinta cintun. HAHAHAH pergh

di sebab kan, pd waktu tu aku dah nekad nak berubah, tinggal kan zaman teruk. cuba untuk jadi seorang islam yang betol. so mmg xde niat n xde aty langsung nak couple lagi. bagi aku, kalau ada pon yang sampai, biar lah yg terus nak jadi kan hubungan tu halal, xyah kapel lama2 bagai nak rak, last2 hampeh. 

so bila dengan dia, ehem, malu pulak nak cte. HAHA tapi yang paling penting aku nak,yg hari2 aku doa, 
" aku mohon DIA hantar kan orang yang mampu bimbing aku jadi lagi baik, tahu hukum agama "

dan hati ni mula tersentuh bila 1st time kami kuar, dia lelaki pertama yang ajak aku sembahyang. masa tu g jusco x silap aku. n bukan dari situ je aku cuba nilai, setiap hari, sampai sekarang, dia akan ingat tanggungjawab dia dannnn, yang mcm sejuk hati ni, setiap kali kami kuar, kami akan try solat dekat masjid yg blainan, kalau nak makan malam pon, tempat yang ada surau. subhanaAllah, xtau nak habaq, tapi aty gengster aku cepat tsentuh dengan sikap dy ni. alhamdulillah :')

tup2, after 2 month, kami decide pergi kursus kahwin. see ? so fast kan. 
dia cakap " benda baik buat apa nak tangguh2. insyaAllah, Allah akan permudah kan"\
aku ? apa lagi.. "meltingggggggggggg" HAHAHA


eh lagi satu lupa. paling kami nak sangat n teruja sekali, kitorang sama2 excited nak tahu apa reaction budak2 sekolah teknik dulu kalau tau ktorang together. HAHA and sperti yang di sangka2, suma cakap, UNEXPECTED ! hahaha kalau korang pon pikir gitu, lagi lah aku. sampai sekarang hehe



so sampai la ke tahap dia nak masuk minang. hati yang memang dah bsyukur sangat ni lagi lah berbunga. kelassss. hahaha 

setiap perempuan akan merasa perasaan ni, perasaan nak cantik2 masa tunang, sama2 plan nak bagi hantaran apa, itu ini. n for being honest, its a great feeling. ever. lagi2 lah dengan orang yg mmg kita syg n nak untuk hidup bsama, cewah.

ok dah. pasal persiapan tunang, pasal pelamin tunang ni, masa tunang sume akan ku cerita untuk next post ye. cukup lah untuk malam ni. hehe :)


bai korang ! tunggu episode sterus nye ye anak2 hehe assalamualaikum :)