Total Pageviews

Thursday, December 20, 2018

Unforgettable October PART 1

Assalamualaikum semua


Seperti yang semua dah tahu, ibu dah tinggal kan kami, dunia ini, pada 31 October 2018. Hari yang paling kami takuti, sudah pun benar terjadi. Hari yang paling kami doa kan biar lah lambat lagi, sudah pun benar berlaku. 

Untuk posting kali ni, khas aku kenang kan untuk  SEBULAN OCTOBER yang menyedihkan, pedih, pengalaman baru, tanda2 kematian yang sangat pasti, detik terakhir & pengakhiran hari Rabu pada tarikh itu. Segala nya aku coret kan di sini, 

agar bisa jadi teladan, jadi rujukan untuk sesiapa pun yang tengah atau bakal melalui pengalaman yang sama kelak. MAAF kan aku untuk tidak mampu ungkap kan 'arwah' untuk setiap panggilan 'ibu'. Semacam 1 rasa yang susah nak aku gambar kan. 


FIRST WEEK OF OCTOBER

Kebiasaan setiap pagi, aku akan call ibu around pukul 8 pagi untuk tnya dia nak breakfast apa. Tapi pagi tu call banyak kali x berjawab. Adik2 dah pergi kerja. Dia punya debor Allah je tau. Sampai kat rumah, tengok ibu tidur. Tapi bukan mcm tidur biasa

tidur yang macam terlalu penat. dan ia nya berlarutan sampai pukul 11.30 pagi which is x pernah2 mcm tu sekali. bila di tanya

" ntah lah long, penat sangat lah rasa badan ibu ni. nak baring je rasa, x larat . pening pulak kepala ibu ni. berat."

and we thought dia overdose ubat pada mula nya.( based on our private doc opinion ). tapi dia berlarutan sampai hari ke 3 dan kepala dia makin sakit. nak bangun x boleh mula pening2, nak muntah. and my siblings panggil ambulance apa semua

dan dari situ terus buat MRI, BRAIN CT SCAN..

esok nya, time tu turn aku dengan angah jaga ibu, doctor datang

" Puan , semalam kita ada inform hasil kasar dari CT scan brain puan, ada tanda2 puan suspect stroke kan ?"
" Tapi Puan, harap puan dan anak2 bersabar"
" Kami dah pun teliti dengan bberapa pakar, its not stroke puan. Tapi sel cancer puan dah merebak ke otak. And its quite active "

Ayat merebak ke otak tu , buat aku dengan angah terdiam. kami semua tahu, FAKTA yang bila dah ke otak, nothing much we can do or else NOTHING. penghujung segala harapan. sebab otak itu NYAWA utk 1 badan, they control everything

kami yang mula nya tahan nangis, lantas pandang ibu. ibu paling muka ke tingkap, meraup muka nya dan menangis. aku x kan lupa betapa kecewa nya raup wajah ibu masa tu. segala harapan kami punah. kami berpelukan depan doctor,

" Kami beri cadangan untuk awk anak2 bawa ibu pulang atau boleh stay di hospital tapi jujur sy cakap, kami tiada ubat khas untuk itu". which mean no points kalau ibu stay hspital. Petang tu juga kami bwk ibu balik, dengan 1 perasaan yang sangat takut


kerana aku tahu, walau aku tahu ajal itu hanya DIA yang tahu,
ibu x akan lama...


PERCAYA TAK ?

entah kenapa, hati aku meronta untuk kuat kan jari ni, untuk google,

tanda2 akhir kematian..

kadang rasa mcm " eh aku ni doa ibu cepat pergi ke ?", tapi entah, mungkin aku nak kami semua alert. tanda2 ni bukan orang suka2 create, tapi memang ada dlm al-quran, utk di jadi kan panduan..

aku akan highlight kan apa tanda2 yg jadi pada ibu. yang subhnaAllah, aturan Allah, memang mengikut turutan..



SECOND WEEK OF OCTOBER
TANDA AKHIR : kaki ibu mula jatuh, sejuk. hanya kaki. tapi dia x rasa sejuk tu. telinga ibu mula masuk ke dalam.


ibu dah terlantar sejak dari kami bawak ibu balik. ibu dah x mampu nak bercakap. mata ibu perit bila nak bukak. nak angkat kepala pun ibu berkerut menahan sakit. aku nekad cuti sebulan tanpa gaji, hanya utk focus 100% untuk dia. adik aku dari semenyih pun balik lama,adik2 aku ada, utk kami bgilir jaga ibu

betapa baru kami merasa perasaan excited untuk siap kan ibu. bangun pagi, sorang siap kan sarapan. sama2 mandi kan ibu, tukar pampers, baju ibu, dressing luka breast ibu. sumpah bu kami x penat, kami cuma nak ibu tahu kami nk ibu sihat. sangat2.

ini semua abang2 ibu. ni je lah abang yang masih hidup..
the only one kakak ibu. mereka dua je adik beradik perempuan. mak ngah banyak tolong kami jaga ibu, hanya Allah je dapat balas jasa mak ngah..

masa ni, kenalan sedara dah mula memenuhi rumah untuk melawat ibu. nampak ibu happy bila orang ramai datang tengok dia. walau masa tu mata dia x bukak pun, tapi mampu mbalas 4-5 ayat, mampu tersenyum, mampu suruh aku buat air, goreng karipap...

tiba-tiba,

ada 1 hari ni, ibu dari terlantar, boleh duduk ! mintak nak baca surat khabar, suruh amik kan spect dia. amazing kan ? how come dlm sehari  tu ibu boleh tiba2 kuat mcm tu ?

rupa nya,

TANDA AKHIR : pesakit akan memberi kan respon yg sangat positif, akan meminta makanan yg di gemari. selera makan bertambah secara tiba-tiba

ibu suruh aku order kek lapis, order kek marble, beli itu beli ni ! kami apa lagi, mmg bterabur lah cari. happy gila masa ni sbb tengok ibu at least, boleh duduk.

tapi dalam masa sama, aku yang dah mula perhati kan tanda2 akhir tu, mula bertanya dlm hati,
"ini ke maksud ayat tu ?"



THIRD WEEK OF OCTOBER

TANDA AKHIR : kawasan di sekitar pusat ibu berdenyut2, laju.  Pada masa ini, biasanya seseorang  itu akan dapat melihat dan bertemu dengan roh orang yang telah  meninggal , terutama roh orang yang mereka sayangi.

sehari je lepas ibu mintak macam2 tu, esok nya keadaan ibu semakin lemah. ibu dah makin kurang bercakap. ibu dah xnak minum, x nak makan. bila suap bubur ke, mesti muntah. bagi susu pun sikit je yang ibu mampu telan. umpama mcm ada sekatan kat tekak ibu.

masa ni, ibu dah x sedar. ibu hilang semua rambut dia masa chemo. kami pakai kan ibu tudung ni pun, ibu dah x rasa..


moment yang paling aku ingat masa minggu ke 3 ni,

1. dalam kedaan ibu yang lemah ni, tangan ibu tiba2 bergerak seolah olah sedang melambai. bergerak seolah-olah ada orang yang ingin sambut tangan ibu..dan ia nya semakin kerap. walau dalam move yang slow, tapi dia tetap melambai. kadang tangan nya menutup mata, seolah2 ada cahaya yg sangat terang, yg buat dia silau..

2. ada 1 petang, hujan lebat. aku yg memang turn jaga dia, di sisi katil, tiba2 dengan mata tertutup, ibu melambai lambai sambil panggil " pak man, pak man ", dan dgn perlahan tangan ibu turun semula

gambar terakhir arwah pak man dengan ibu dulu..


aku terus tersedu2 menahan tangis, sebab
"pak man" itu arwah abang ibu.. abang yg paling rapat dengan ibu dulu tp dia dah meninggal 4-5 tahun lepas.."


3. mata ibu dah xde sinar lagi. bila minta dia buka mata, anak mata hitam dia bukan lagi di tuju pada kita yang memanggil nya. anak mata dia mngecil, hitam, seolah dia dah xde di dunia kita. mata dia seolah dy dah sampai di 1 alam yang dy xpernah jumpa. kosong. kadang sayu bukak kejap untuk tengok ke depan lepas tu tutup

pernah usik ibu, tanya,

" ibu tengok apa tu bu ? siapa datang ?"
" tuu, tengok tu ha.. "
" siapa bu ? hensem x ?"
" hensem..... "

terus tidur.

minggu ke 3 ni, doctor yang setiap hari datang, dah cakap pada kami

DR Pramala, dia doctor yang sangat2 banyak jasa pada ibu & kami..


" sistem dalam badan your mom dah banyak shut down. sudah banyak sel2 yang dah block, not function. that's why dia dah x lapar sebab dia dah xde rasa nak makan minum lagi. awak semua kena stand by sebab posibility untuk your mom kena sawan atau jantung stop tiba2 sangat besar "

kami 4 beradik menangis utk pertama kali nya secara depan2 , 4 orang. utk adik lelaki aku menangis, memang susah. tapi malam tu, tersedu2 dia. hanya Allah yang tahu mcm mana perasaan bdebar nya kami andai sampai detik akhir itu. sedang kami menangis, ibu yg atas katil, dengan mata tertutup

" sabar........."

kami terus pergi ke katil ibu, dengan bergetar2 suara aku memohon

" maaf kan kite eh bu, kalau kite ada buat salah , buat ibu kecik hati selama jaga ibu, x jaga ibu dengan baik, ada marah2 ibu klau ibu xnk makan ubat, masak lambat utk ibu, kita minta maaf sgt bu. halal kan makan minum, kalau ada hutang, susu ibu utk kami, halal kan semua nya bu.."

dan kami menangis di tepi katil ibu, tersedu2 semua nya. itu lah kali pertama dalam bulan itu, kami nangis seteruk itu. dlm perlahan ibu mjawab

" dah2 jangan cakap mcm tu lagi, xde apa ibu nak maaf kan awak semua. awak semua anak2 ibu yang baik. ibu bangga orang puji anak2 ibu baik pandai jaga ibu. jangan pikir bukan2, doa kan ibu. ibu boleh duduk pun ibu dah bersyukur, dah. jangan nangis "


dan itu lah ayat terakhir ibu, sebelum masuk minggu ke 4, di mana minggu terakhir ibu di dunia..


FOURTH WEEK OF OCTOBER

kami mula x sihat. demam panas. ibu meninggal pada hari Rabu, kami semua start demam hari Ahad. dan ia berjangkit dari sorang ke sorang sampai lah seluruh rumah tu demam. masa ni, ibu memang dah tak bercakap walau 1 ayat pun. dia semakin lemah. nafas dia semakin susah untuk di tarik. dia dah x sedar kami mandi kan dia, tukar baju dia semua..

2-3 hari sbelum hari terakhir ibu

anak kedua aku, Armel susah tidur. pelik nya sbelum ni, dia yang paling senang tidur. tapi 2-3 malam tu dy macam resah. tido kan kat bilik xnk, depan xnk. aku yg memang tidur dekat sisi katil ibu, saje letak dia di sebelah kaki ibu, atas katil.


kuasa tuhan, dia terus diam, lena sampai esok pagi.. entah apa yg dia rasa, hanya Allah yang tahu.



minggu ke 3 &4, Allah dah mula 'ajar' kami tanpa ibu. dari dia boleh cakap 10 ayat, sampai lah 1 patah perkataan pun kami dah dengar. rumah kami dah mula 'kosong'. kami tanya ibu, kami jawab sendiri. hanya mampu cium dia, pegang tangan dia masa tidur, baca kan yasin dan surah2 lain..


31 OCTOBER 2018
TANDA PALING AKHIR : Atas hidung ibu berpeluh

Pagi ni, kuasa Allah, kami semua di takdir kan untuk ada di rumah. Cucu2 ibu semua demam panas, x hantar taska & pengasuh. Aku, adik2 semua demam panas x pergi kerja. Adik lelaki aku semput. Betapa besar aturan yang dia atur, untuk di permudahkan urusan kami, ibu, utk detik terakhir. DIA izin kami menghadap semua nya..

Subuh tu, Aku perasan nafas ibu mcm berbunyi tapi x kuat. Nafas mcm laju dari hari sebelum nya. Aku kejut angah, kami juga mula panik. Pagi tu kami amik video nafas ibu, hantar pada doctor. Doctor itu terkejut, dan bagi kami whtasp



kami yang hanya teguk 1 cawan air utk srpn, memang langsung x teringat utk makan pagi tu. kami hanya nak ada di sisi ibu..

9.30 pagi - nazak

aku kami menangis, kerana kami sudah kena kuat, kerana hari yang kami paling takuti, akan terjadi bila2 masa je. kami call adik beradik ibu, call cousin2 terdekat, kami sama2 baca yasin untuk ibu.. suasana jadi mcm sayup sangat hari tu, kami bergilir2 ucap kan " LAILAHAHILLAH " di telinga ibu, dengan tangisan. sakit sangat bu. tapi kami redha, andai ini yang terbaik untuk ibu yg dah Allah atur..

11.30 pagi

ibu semakin nazak. nafas ibu berbunyi halus. masa ni cousin2 aku, kakak ibu, yg terdekat dah sampai, termasuk cousin aku, seorang doctor HSA. tiba nya seorang abang ibu, Pak Usop pada pukul 11.45 pagi, dia ambil kan ibu wudhuk. sapu air ke kepala ibu dengan doa. kami yang masa tu baru je duduk di lantai utk baca yasin,

terus di panggil oleh cousin kami yg doctor tadi, " cepat sini semua !, lafaz nama Allah sebelah ibu cepat"

rasa nak pitam masa tu, kerana detik itu sudah sampai. dan Allah bagi kami peluang 4 anak2 nya untuk menghadap saat akhir nya. Saat aku titip kan Allah, Allah, Allah di telinga ibu dengan nangis yang aku sendiri dah x pasti lebat nya ketika itu,

tiba2 ibu umpama menarik nafas yg panjang, dan di lepas kan dengan sangat2 tenang. aku masa tu jujur nya mcm ibu tidur balik ke ni, sebab ia nya sungguh tenang. subhanaAllah. tapi bila aku tengok badan ibu, perut ibu kaku, tiada lagi langsung apa2 pergerakan, saat ini

Allah, ibu dah xde ya Allah.....

itu lah pak usop, yg kami yakin, ibu memang tunggu pak usop hari tu...

kami berpelukan dengan tangis yang sangat hiba, nangis yang x pernah sesedih itu, nangis yang di iringi dengan kata2 " sabar mah, sabar long, Allah syg kan ibu, xnk ibu terus tseksa, awk semua dah jaga ibu, lepas kan dia long" .. sebak dan berat nya dada ,x mampu aku ungkap. terlampau sakit nya.

kami anak2 perempuan ibu dah siap kan ibu, sama yg macam ibu nak bu..

ummi, kenapa tutup muka tokmak ? tokmak nak pergi mana ummi ? kenapa tokmak sejuk ummi ?

kita sambung part 2 lah eh. mata dah x nampak nak menaip, banyak pulak habuk rumah ni. utk next post, aku akan kongsi kan mcm mana kami tahu apa perlu buat ( rahsia ibu )masa ibu baru meninggal, suasana, apa something yg 'allah maha besar' sangat masa mandi kan ibu, di kubur, surat yg dia tinggal kan..

buku yang penuh dengan air mata. i will share in next posting Part 2 ..


alamat akhir rumah ibu.....


 stay tune ye semua..can not handle anymore.. terima ksih semua..