Total Pageviews

Tuesday, September 17, 2013

Perasaan yang tak boleh nak ungkap

Assalamualaikum uolls ! hihi

Ok, seperti yang sedia maklum, skang ni nga menghitung hari kata nya nak awinnnn. hehe perasaan ?

HAHAH sumpah x boleh nak describe dah ni. sesungguh nya aku sedar bahawa seganas mana pn pwatakkan pmpuan tu, hati tu mmg xley nak nafi woi ! HAHA =.=' kemon semah. gengster gengster ! ok dah. bukan ni yang aku nak share sebenar nya...

bukan hari sanding yang aku tunggu sebenar nya. tapi malam nikah. malam yang menghalal kan segala nya antara aku dengan dia. malam yang ibu terpaksa melepas kan aku untuk jagaan orang lain. hm

tipu lah aku x sedih nak tinggal kan ibu, adik2 aku. lepas kami x duduk dengan abah lagi, mereka ni semua nyawa aku. sehari aku x jumpa ibu, mmg gelisah gila. bayang kan, aku boleh call ibu setiap jam kalau ada malam yang aku tidur rumah abah. aku akan pasti kan semua selamat, ibu dah tutup pintu semua lah. baru hati aku tenang nak tidur

lepas macam2 yang Allah dah duga kami, aku dapat rasa yang tanggung jawab ni jatuh pada aku sebagai anak sulung. memang aku happy nak kahwin. ibu pun aku boleh nampak mcm mana dia punya happy & excited nak dapat menantu sulung kan hehe . tapi lately ni, antara conversation aku dengan ibu

" nanti dah jadi bini orang behave eh mah. jangan terejal lagi "
" hehehe *senyum jahat. yela bubu, insyaAllah. xkan la nak gila2 lagi"
" bukan ley pcaya kau tu !"
"*tuka topik, "ibu x sedih ke kita nak kahwin bu ?"
" buat apa ibu nak sedih. memang sampai masa nya, semua anak2 ibu akan kahwin kan"
" yeke ni x sedih buuuu ? hehe"

taraaa. ibu nangisss. hihi dan secara automatik nye aku pun nangis lah kan hehe

*sambil nangis " mesti lah ibu sedih. sapa nak bawak keta ibu malam2 lepas ni"
                        " mesti sunyi rumah ni awak xde"
                        " sapa nak buat ibu gelak, sapa nak buli ibu"
                        " sapa nak teman ibu kat rumah bila budak2 ni balik smbung belajar"

masa hari tu family meeting yang mana sume adik2 aku balik n kitorang duduk sama2 bincang pasal wedding ni.

angah : " mesti sunyi rumah ni along xde nanti"
aku    : " *sambil niat nak usik ibu." dah lah jangan cakap lagi, nanti ibu nangis lah !hihi"
ibu     : " eley perasan ! sapa ntah nak sedih . mati nanti sorang jugak" *masa ni air mata ibu bgenang dah
aku    : "yeke ni buuu x sedih niii ? *gelak lagi
ibu     : selamat menangis dah. sambil nangis tu cakap " dah la jgn cakap camtu lagi". ish!
aku, angah,ika, mirul : mesti lah ngis jugak hihi :')


ahh. benda2 ni semua lah yang bila aku ingat balik, automatik air mata ni mcm air terjun. tuhan je tau mcm mana aku sayang ibu. kalau orang lain malu nak pegang tangan mak dy masa jalan, ibu ni sampai rimas aku nak pegang dia kalau lintas jalan. ibu cakap " ingat ibu orang tua ke ? haha"

nak di kenang kan balik kenangan2 selama 24 tahun hidup dengan ibu, terlalu banyak. terlalu banyak dugaan yang kami hadap dan mungkin sebab tu aku makin sayang gile kat dia. lagi lah dengan sifat semulajadi gengster ibu, comel, kelakar, baik, best, sporting semua la dia. xtau dah nak cakap apa lagi tp ibu mmg ibu paling terbaik dunia akhirat

sebab tu la, aku memang terlalu mudah membenci orang yang buat ibu marah, kecik hati lagi kan nangis. memang cukup benci. kalau lah hukum menampar orang tu harus, membunuh tu sunat, oh dah lama dah aku buat. anak yang paling garang, ni ha dia. berani lah buat taik, sarang lebah yang menanti di jolok tu akan terjatuh sendiri. haha

sampai skang terbayang, mcm mana la masa nikah nanti. mampu ke aku tahan air mata aku dari nangis ? mampu ke nengok ibu baca sakinah yang penyerahan anak tu ? mampu ke ibu baca tanpa nangis ? hm.  



Anakku, Hari ni kamu akan berpindah dari naungan dan perlindungan ibu dan ayah ke suatu alam yang baru di bwh naungan suamimu.

Ibu telah mendidik dan mengasuhmu sebaik mungkin untuk menjadi seorang anak yang solehah. Hari ni, ibu mengharapkan kepadamu untuk melaksanakan segala tunjuk ajar dan nasihat ibu selama ini. 

Jadikanlah dirimu itu sebagai seorang isteri yang solehah. Nescaya suamimu akan mnjdi teman yang mesra kepadamu. Berikan khidmat dan ketaatan mu kepadanya dgn jujur dan ikhlas. 

Hendaklah kamu menjaga perkataan, budi pekerti dan tingkah lakumu terhadpanya. Jagalah maruah dirimu dan maruah keluargamu.

 Taatilah Allah di sepanjang hidupmu. Dan janganlah sesekalikamu melupakan akan kedua ibu bapamu. Semoga Allah memberikan ketabahan dan keafiatan serta ketenangan dan kebhgiaan kpd kamu.

 Ibu juga menghalalkan susu yang ibu beri padamu, segala makan minum dan jasa bakti yg telah ibu berikan kepadamu. 
Maafkan ibu segala kesilapandan kesalahan semasa mendidikmu.

aish, ayat ni yang paling aku sedih gile masa dengar makcik2 aku baca masa anak2 dorang kahwin. ni lagi aku yang mengadap. Hm






tapi insyaAllah, aku yakin dengan perancangan Allah. dia maha mengetahui. di sebalik sedih dalam gembira ni, mana tau rezeki dapat bagi ibu cucu taun depan kan ? HAHAHA semoga segala nya berjalan lancar, di berkati dan berkekalan sampai bila bila :')