Total Pageviews

Wednesday, May 29, 2013

Unforgettable Experience

Assalamualaikum korang.

macam yang aku janji pagi tadi, aku nak share dgn korang pengalaman yang paling rare lah setakat ni masa nengok bola. benda yang langsung x di jangka. penat masih terasa, luka kecewa tu masih lagi ada.biar aku share ngan korang dari first perjalanan kami sampai la balik ye

first of all, niat blog ni di update bukan tujuan nak buruk kan pihak lain or nak back up JDT, tapi ni la yang jadi dan biar korang sendiri judge. masing2 dah besar


perjalanan kami



kitorang semua kumpul depan stadium pukul 9 n gerak pukul 11. muka semua excited nak pergi. aku ni lagi, x pernah g pahang. so excited nye tu bdouble2. 1 game yg aku expect akan jadi fun sebab semi final kan n aku tau, pahang 1 negeri yang baik dan stahu aku mmg xde masalah dgn johor. aku rasa lah.

total bas fan JDT gerak dari larkin smlm 22 bas. paling banyak bas yang g away stakat ni. makcik2, budak2 semua ramai. n bnde ni buat kami makin rapat, yang x kenal jadi bbual dan  6 jam lebih kami dalam bas dgn perasaan x sabar. yes, x sabar.


selamat sampai dekat stadium darul makmur

kami smpai nak dekat pukul 5 x silap aku. limpahan baju kuning (pahang ) dan baju biru (JDT) dah mula kami nampak. semangat dah makin naik la masa ni. kami di sambut baik, xde rusuhan dan masing2 PROFESIONAL. kami boleh je lagi amik gambar dengan fan2 pahang sama2 kat luar. tgelak sama2 n xde kata2 caci dr diorang bila kami melalui kawasan dorang.



dalam stadium, orang mula memenuhi sit

baik pahang ke johor, sama2 mula penuh. kami gate 5 dan yang lain masuk ikot gate lain. sampai la nak dekat pukul 8, stadium penuh dgn baju kuning dan kami baju biru, banyak jugak. nanti aku serta kan gambar kat sana. 

kita, biasa lah, dah ramai2, dengan BOS lagi, mula nyanyi lagu kami. bukan nak berlagak, tapi untuk orang yg dah mmg slalu g game, akan hafal punye lagu2 kita. semua nyanyi dgn perasaan bangga sbb dpt bawak lagu LUAS KAN KUASAMU tu ke negeri luar. kita semua nyanyi, bukan BOS sahaja, x dapat aku nafi, mmg orang Johor siyes sporting. x kesah la main kat sini or luar, semua layan kepala.


8.45 malam

lepas player semua da siap buat practice kejap kat padang, game pn siyes dah mula. dah siap nyanyi lagu negara ku semua lah. excited ni nak nengok dorang main. TUP TUP, tiba2 limpahan orang bbaju kuning masuk dalam stadium. aku sendiri tkejut sebab siyes ramai n masa tu stadium dah penuh. aku tbayang kat mana lagi mereka nak dduk. sedang kan sit utk fan johor pn dah penuh. dorang mula duduk tepi padang n di arah kan sendiri oleh polis. 

dalam hati aku, " oh boleh rupa nya duduk luar mcm tu ?"




ramai, yes sangat ramai. dengar nya, limpahan fan tu sebab tiket yang berlebihan or senang cte, ulat tiket la amik kesempatan. dan ada jugak yg merempuh pintu2 masuk stadium sbb pintu mula di tutup lepas stadium penuh. so kami yang menunggu ni, happy2 nyanyi lagu kami tanpa pikir yang game ni akan jadi game yang paling ganas. masa ni game da mula tertangguh sbb nak bagi masa kat fan2 untuk dpt dduk. player2 semua duduk tepi padang.


sultan pahang turun padang

keadaan tiba2 jadi terdiam bila nengok ramai sgt orang pakai baju koperat hitam turun padang. dalam hati aku

" ah sudah. x kan nak tunda kot wei, jangan main gila, jauh ni datang "

dan polis buat announcement , "semua di minta kosong kan kawasan berhampiran dengan padang, kena dduk dalam pagar. minta kerjasama "

ah sudah, game dah lambat 20 minit masa ni. fan semua pn bangun lah dan mula naik atas utk cari sit. benda nak arrange ni amik masa nak sejam . tu yang buat sultan pahang turun mcemar duli utk slow talk dengan dorang utk kosong kan kwsan

aku sendiri pelik. mcm mana boleh tlebih2 orang dalam stadium smpai macam tu skali. bukan lebih sikit, lebih banyak. kesian pn ada masa tu sbb ada budak2 semua kan. so kami ni TUNGGU la lagi. masa ni dah nak sejam dah. player pn dah di arah kan masuk dlm masa ni. ksong padang tu kejap


keadaan reda sekejap. kucing buat iklan

lepas sejam atur tempat, keadaan jadi reda kejap. masing2 boleh nyanyi2 lagi. nak jadi cerita, sekor kucing boleh berak kat tengah padang tu. HAHAH aku yang jauh ni pon boleh nampak. semua ketawa masa ni. boleh pulak dia buat hal kan. LIVE pulak tu ! pergh. hahaha. lepas dia blah, kami pn smbung nyanyi




 polis round stadium untuk pasti kan keadaan terkawal

dan masa ni la nak di jadi kan cerita, masa ketua polis sampai kat tempat kita, dengar bunyi orang2 dari atas jerit2 tunjuk atas. kami pn nengok la ramai2. HUJAN BATU ! siyes ! banyak gila batu orang lontar dari luar stadium !

polis tu sendiri terkejut dan terus arah kan fan2 johor yang ada kat situ untuk turun. dah macam pelarian masa tu, masing2 nak selamat kan diri. mereka turun ke track padang untuk selamat kan diri dan masa tu lah, aku mula rasa game ni xkan ada. keadaan masa tu sumpah x ter urus. fan pahang ada dduk dengan kami sendiri terkejut, terdiam dan mungkin x sangka.




yang buat aku jadi marah, ramai kepala yang berdarah dek tkena batu tu. kalau batu kecik xpe lagi, ni besar. aku yang jauh sikit dari tempat kena baling tu pon boleh nampak batu tu terbang. sorang2 kena dokong bawak luar padang sebab dah berdarah. budak2 pn ada kena. ada yang menangis.

video ni bukti, nengok la sendiri sapa yang mula dan kenapa kami di arah kan untuk keluar padang. benda live, xde masa nak edit.



masa tu terasa hina sgt diri ni di perlakukan macam tu. apa salah kami ?



video yang tersebar cakap JOHOR mula dulu. oh, permainan yang sgt halus. 

kami baling batu dulu ? kami dari dalam yang baling batu dulu ? dari celah mana kami nak dapat batu ? ingat kami bawak batu 10kg sorang ke dalam bag ni untuk main baling2 ?? diorang nak tutup salah, cakap kami mula dulu. oh kemon. kami datang dari JAUH, xkn kami sebegitu bodoh nak buat hal. kat negeri orang pulak tu. TAK MUNGKIN !

hanya orang yang dalam stadium je yang tahu perkara sebenar dan for those who keep spread that video, mmg siyes 'terbaik' dan terima kasih sbb mburuk kan nama Johor.


keadaan jadi tegang

masa ni, mungkin ada fan2 pahang yang xtau apa jadi dan terus assume kami orang Johor, provok. saja nak buat game mula lambat lagi. aku x salah kan semua orang Pahang dalam hal ni. hanya segelintir yang terlalu taksub yang buat semua jadi makin teruk. yang mereka nampak , kami sengaja turun ke track. 


tolong lah, pikir lah. apa sebab kami nak turun ke padang tanpa sebab. ramai orang2 tua, budak2 yang kami kena selamat kan dan terpaksa bawak ke luar dr tempat duduk kami. KAMI BUKAN SENGAJA ! kami datang dari jauh nak nengok game, bukan nak buat hal. ia, kami tau kami orang luar masa ni. tapi apa salah kami sampai kena layan macam ni ? dah la menuduh, patut nya kami yang hati panas ni lagi marah. ni tak, dorang yang lagi marah pulak. how come...


perlawanan di batalkan

lepas nak setengah jam masalah ni makin teruk, makin ramai kepala berdarah, ketua polis buat lagi pengunguman

" kepada semua penyokong pahang dan johor, kami di sini ingin memaklum kan perlawanan separuh akhir Pahang vs Jdt terpaksa di batal kan"


keadaan jadi bertambah teruk !

lepas je pngunguman ni di buat, x smpai 2 saat, penyokong pahang merempuh masuk dalam padang dan berlari bramai2 ke arah kami ( johor ) ! oh sumpah, masa ni aku takot gila !




perasaan marah kecewa sbb dtg dari jauh tp game batal, bertukar menjadi takut. takot dengan keadaan yang aku x sangka langsung ! mereka seumpana nak serang kami macam kami buat salah besar dan aku yakin, dorang mesti ingat kami sengaja kuar dari sit dan nak lambat2 kan game smpai game ttunda.

masa ni, semua terkejut dan berlari selamat kan diri. bayang kan, ratusan baju kuning berlari ke arah kita, dan keadaan ni di selamat kan pantas oleh polis dan fru yang terus beramai2 lari ke arah mereka untuk menghalang dorang dari terus bertindak ganas. ada yang di gari, ada yang di kejar.




sumpah masa ni aku rasa macam mimpi. aku terkedu. terdiam n rasa mcm nak nangis. ini ke game yang aku excited sgt nak nengok tadi ? kenapa boleh sampai jadi macam ni ? aku ni kat malaysia ke seberang ? kenapa mcm ni sekali kami di layan ? semua persoalan ni ada kat pale aku ni. 

aku dapat nengok pyokong2 johor terutama lelaki yang terpaksa menahan marah. kalau aku jadi laki pn mungkin aku dah berlari gak kat tengah padang sbb hati panas kan. masing2 di tenteram kan sbb kami sedar, kalau kami pon sama naik angin, benda akan jadi lagi keruh !


B.O.S pertahan kan fan johor

dan masa rusuhan terjadi, aku nampak BOS sama2 pegang tangan di depan kawasan kami, untuk protect kami. subhanaAllah, siyes sebak aku masa tu. mereka bukan saja paling semangat nyanyi lagu johor, tapi sanggup pertahan nyawa sbb x nak makin ramai kena. :(

'' Dalam situasi darurat begini hanya mereka yang jiwanya benar-benar sejati dan kental sahaja sanggup susah dan senang demi untuk JOHOR "




polis mintak pyokong pahang kosong kan stadium, pnyokong johor stay dalam dulu

mula2 pyokong pahang x nak keluar lagi. amik masa sejam jugak nak kosong kan stadium. kami masing2 terduduk, sangat x sangka perjalanan yang amik masa 6 jam tadi, ending nye begini. bukan dekat kami datang.



dari dalam, aku boleh dengar bunyi lontaran batu di pintu2 stadium yang dah di tutup. bukan batu kecik, besar. dan ada lagi orang dari luar yang baling batu ke arah kami di dalam. polis x benar kan kami keluar sebab di lapor kan, keadaan di luar makin mganas.



masa tu la aku dapat tau bas kami di pecah kan, di baling dengan batu, 1 van harimau selatan di pecah kan, tayar di pancit kan, di calar kan. dan mereka tunggu kami keluar, x mahu bganjak. dan mungkin sebab tu, kami terpaksa di tahan di dalam. aku takot mbayang kan apa yg jadi kat luar.



tiba2 datang orang bas aku, marah2 datang btau,

" diorang kt luar bogel kan 1 family yang pakai baju JDT. $%^& !! yang perempuan dia x buat, budak kecik diorang bogel kan, Allah, apa nii "

aku yang tdengar tu hanya mmpu mngucap panjang. xtau la bettol ke x, tapi jelas api kemarahan kat muka abg tu. hm

TMJ datang, turun padang

masa kami semua tggu kat dalam, TMJ datang dan di sorak dengan kuat oleh kami. dia turun padang dan minta kami semua berkumpul. terus terang ckp, selama ni nampak dia dari jauh je. x pon kat paper. tapi kali ni kami nampak dia depan.

dia cuma cakap 

" BETA TAK AKAN BALIK SELAGI RAKYAT BETA X SELAMAT "


masa ni semua bersorak, tepuk tangan dan terharu dgn TMJ. biar lah orang nak ckp dia apa pn, tapi kami tau dan nampak apa yang dia cuba buat untuk rakyat dia.


balik

masa nak keluar, kami dah di atur untuk keluar ikot bas. bas A keluar dlu smpai la bas kami. kami keluar di jaga rapi oleh polis dan FRU. masa tu rasa di protect sgt. ada lagi pyokong pahang kat tepi2  yang masih x balik, memandang kami dengan pandangan yang scary. ntah, xtau nak cakap tapi jelas ketidak puasan hati tu. 

masa tu la aku nampak ada 2 ke 3 bas kena baling dengan batu. cermin pecah dan ada 1 bas tu, melekat lagi batu kat cermin tu. hm. bas aku pn kena, betol2 sit belakang aku. pecah dan kami tutup dengan plastic je. 



polis penuh tepi2 kami sampai kami selamat sampai dalam bas. 22 bas hanya utk fan JDT, 11 bas untuk BOS dan yang gerak sendiri x ingat berapa. 

bila bas mula bgerak, aku dapat nengok suasana kat luar. kami betol2 di kawal ketat oleh polis. semua bas berkonvoi, aku bas paling depan. kereta polis escort kami sampai johor. terharu rasa nya. kami semua selamat sampai di Johor pukul 8.30 pagi tadi. muka semua penat dan kecewa ,pjalanan jauh yang sia2 dan di tambah dengan layanan bgitu. dugaan.


pendapat aku ?

- kenapa aku rasa macam ramai sangat yang dengki dengan JDT ? kenapa ? sebab kami team baru nak naik ? so ? kenapa kalau baru nak naik pun ? apa yang mnyusah kan korang sangat ? salah ke kami excited nyanyi lagu kami, penuh kan stadium semua ? aku siyes x paham KENAPA orang mesti dengki dgn JDT

- marah sebab JDT beli player ? hak mbeli player ada pada ssiapa pn. bukan TMJ je mampu beli, orang yang nak kan player tu pn boleh beli. aku nampak tu usaha dia, usaha dia nak menyatu kan kami rakyat johor yang selama ni tcari2 ssuatu yang menarik untuk kami join

- kalau x suka JDT, jangan stalk pasal kami. kalau kami excited skli pon, itu hak kami sebagai pnyokong. kalau x suka, jangan stalk pasal kami. 

- marah kami sebab stadium penuh sebab kami ? oh kemon, tiket yg kami dapat bukan kami beli kat johor, tapi pahang. dan kami dapat tiket yg sbenar2 tiket. bukan tiket yang tiruan. logik ke nak salah kan kami atas kelebihan tiket ? Allah, pikir lah selogik nya. jangan sebab kita berbeza negeri, yang salah nampak betul. 





dan biar gambar yang jelas kan kenapa stadium terlalu penuh.


dah lah. aku dah xtau nak cakap apa lagi. benda pon dah lepas. 1 je nasihat aku, please lah, industri bola kite ni x besar mana. x perlu nak dengki ngan team lain, setiap team ada special nye dan ada cara mereka sokong team masing2. do respect others dan stop la hasut or sebar kan benda yang boleh lagi mengeruh kan keadaan.


aku x salah kan semua orang pahang ke orang kelantan. aku pon ramai kawan yang stay kelantan dan pahang. aku cuma terkilan dengan sikap SEGELINTIR mereka yang terlalu taksub sampai x peduli pasal kesusahan orang lain. sama2 hormat dan enjoy dengan team n game masing2. habis cite. 


sorry kalau ada ayat yang terkasar, cuma mencerita kan balik perkara sebenar yang terjadi sebab aku ada kat sana. yang dok banyak bunyi, sebar itu ini ni majoriti x pergi pn stadium dan cuma tau sebar je. hanya Allah yang tau hikmah di sebalik semua ni. 

assalamualaikum