Total Pageviews

Tuesday, November 4, 2014

My Labour Story ( Muhammad Arfan Ramadhani )

assalamualaikum..


hari ni mcm tgerak hati nak kongsi tentang anak. ye, utk follower blog I yg x tau lagi, aku dah pn selamat melahir kan seorang baby boy pada 1hb July yang lepas. so kite terus ke point yang penting la ye. aku cerita kan detik ke saat semua nya lah. bagi yang belom mengalami tu feeling sikit kan. kihkih

Muhammad- yang terpuji
Arfan- yang bijak
Ramadhani- bulan ramadhan * sempena lahirnya dia pada 3 ramadhan


selasa, 1 julai 2014
9.00 pagi

hari ni aku kebetulan ada check up. last check up sebelum due date yang spatot nya 7 july 2014. pagi tu check up. di takdir kan doctor baru yang in charge pagi tu. so procedure jadi lambat gila dari yang selalu. aku yang datang kol 7.30 pn sampai nak pukul 9 turn x sampai2 lagi.


10.30 pagi

sementara menunggu doctor tu, aku macam x senang duduk. perut x sakit cuma pinggang sakit. macam lenguh. aku bangun duduk bangun duduk nak bagi perut selesa. ehh x jalan. aku usap je perot tu banyak2 kali sambil dalam hati ada sikit lah maki2 doctor tu.



11.00 pagi

baru sampai turn aku masuk. Nampak x brape jam aku ke hulur hilir usap perot pinggang ? masa tu x aspect langsung nk beranak. siyes. tu I relax je. hahaha dah masuk tu, doctor pegang perot, cakap


" eh, baby dah ke bawah ni. u ada sakit setiap 10 minit kn ?"
" aah la doctor, I tggu u sambil tahan je tau x"
" u dah boleh pergi labour room ,u kena terus pergi tau lepas balik ni, jangan singgah mana2 lagi"
" ha ?siyes ke ?sy da nak beranak ke ?"
" ya la ! u ingat I tipu u ka ? "


" ok bai doctor !" dlm hati aku , pergh. ni hari yang paling aku tunggu dpn perasaan yang bcampur baur. excited takot nervous cuak eh semua lah.


call ibu, aku boleh siap mandi lagi ok. relax2 sejuk kn perut, sdia kan brg2 yang nk bwk hospital semua. pastu terus gerak ke hospital. utk yg curious nape aku call ibu, x call laki aku ? sbb dia kat Pasir gudang keje, mak aku je ada pling tdekat. hehe


12.00 tgahri

sambil tggu turn nak masuk bilik saringan, aku dah x senang duduk. kejap berkawad, kejap berjalan, kejap dduk, kejap nak terkencing. sampai nama kena panggil, doctor suro baring nak check jalan. pergh. masa ni aku keep on pikir positive je sbb ramai ckp masa ni doctor akan 'selok' tangan masuk 'dlm' untuk check jalan. ok. aku gangster. kena kuat. tu je pikir.


" eh, u dah bukak 6cm ni ! dah kena masuk labour room, no need to stay at ward"
"nurse, u salin kan patient ni baju cepat. msuk kn dy dlm bilik. in 3 or 4 hours she can deliver her baby"

aku ? terkedu. dah la tengah menahan ngilu masa doctor pecah kan air ketumban, dengar doctor ckp mcm tu aku rasa macam nk tkencing lagi ada.

dgn laju nye nurse salin kan baju, tanya suami aku ada kat luar x, nak bag baju baby semua lah. trus dy suro aku dduk kat wheel chair. dy tolak aku mcm aku nk tberanak lagi 2 minit. hahaha


1.30 tgahari

bermula lah detik yg di nama kan contraction. fuh subhanaAllah. maha sakit. sakit yg xpena rasa, n ni la sakit yg aku dok tnye ibu2 lain sakit tak sakit tak. kaki aku setiap 30 kena simpul biawak. u can feel me ? laki aku sampai je, aku dah xde rasa nak senyum dah. apa yang aku mampu buat masa tu, pegang tangan dia n dgr dy baca yasin n ayat al-quran.

setiap 15 minit nurse akan masuk tanya n dengar degupan baby. bagi aku minum air,urut pinggang aku.


4.00 ptg

masa ni bukaan dah pun 10 cm. doctor ckp 1cm sama dgn 1 jam. doctor dah siap2, suami aku dah kat sebelah, dy ckp u dah boleh push. yes, aku push sehabis daya aku. dari bsuara sampai x bsuara. n aku dapat rasa something yg besar nak keluar. wooo.

aku push almost 1O minit jugak masa tu. tapi tiba2 doctor panggil laki aku keluar n ckp dgn suami aku, he ask his permission to make an operation to me to help our baby to survive. aku yg dgr sayup2 tu terus menangis. aku jadi takot. bukan takot kena operation, aku takot apa2 jadi kat baby. sumpah x tipu.


" her baby a little bit big, so we afraid if we continue ask her to push, I afraid bahu baby akan sangkut n boleh buat bahu baby patah !"
" we better make an operation as soon as possible to safe both life."

sape yang x sebak dgr mcm tu wei. aku masa tu x pkir apa dah, aku redha klau sampai situ nyawa aku tapi bukan baby. aku nak dia yang selamat keluar, aku nak dia.

laki aku masa tu dah menangis teruk dah. x sangka aku dia sebak mcm tu skli bila doctor ckp mcm tu. n dia sempat tanya aku,

 "sayang ok ke nak operate ni sayang? abg risau !"
" sayang ok, sayang nak anak kita selamat"

sebaik borang dah di sign, cium dahi aku. dahi basah dek air mata seorang suami yg aku tahu, dia mesti bdebar tggu luar bilik operation tu.



saat pembedahan

masa di usung ke bilik operation, aku dah separuh sedar. mgkin sbb tlalu bnyk tenaga dah aku guna masa contraction n push tadi. aku cuma dapat rasa suara2 staff angkat aku dr katil tu ke katil ni. sampai la 1 bilik, yg mana aku nampak lampu2 besar bulat mcm dalam tv klau kena operate tu.

masa tu aku dah lemah gila. doctor ckp dy akan tebuk sikit dada aku untuk masuk kan wayar, tahan sikit sakit semua. aku dah x de daya nak mjawab. dlm hati, cepatlah, habis kan cepat 'perjuangan' ni. last yg aku sedar, doctor ckp

" I akan tekan dada u sikit ye, u tahan sikit ye. sakit ni"
aku angguk dan dalam sekelip mata dunia aku gelap.

*gmbr hiasan yg mana realiti nya setiap ibu yang ceaser


3 jam selepas operation

aku sedar, mamai, xde sorang pn kat sebelah. pening dia lain macam la. dalam aku dok pikir aku kat mana apa dah jadi, nurse datang, "Alhamdulillah u dah sedar, family u sume tunggu u"

aku mamai lagi masa tu. smpai la ke wad, aku nmpak suami, ibu adik2 aku. baru lah tdetik hati aku nak pegang perut. dah xde. terus aku tanya,

" mana anak kita abg ? bu, mana anak ema? selamat ke dia ? sempurna ke bu ? comel tak dia yang?" dalam hati ni mcm nak berlari pergi amik anak kat bilik baby tu. x sabar nak nengok depan2, selama 9 bulan asyik nengok kat scan je.



semua senyum je n ckp Alhamdulillah, baby sihat n putih ma !HAHA ok fine, aku sedar. factor petua org2 tua mgkin ?



dan  di saat kali ptama nengok baby, subhanaAllah x terucap. bersyukur sbb dia sempurna n sihat. putih, rambut lebat, bam2 ! 4kg rupa nya dia, patot la aku push2 x nak kuar. haha. anak2. anugerah terindah, pinjaman Allah yang maha sempurna.



lama aku nengok dia. dalam hati ni banyak kali ckp. betol ke ni aku dah beranak ? aku da jadi mak ke skang ni ? kenapa anak aku putih ni ? hahaha








keadaan paling selalu terjadi untuk ibu yang caeser


" untung lah kau operate, x sakit"
" ek eley apa barang operate, normal lah baru rasa"
" x best nye operate, mesti senang je kan x pedih"

x tahu nak nangis ke nak lempang pakai kaki ngan orang yang pikir cmni. 1 je la aku boleh ckp, selagi sendiri x rasa sendiri ceaser tu, jgn sskali compare normal ngan ceaser. masing2 ada pedih n skit dia sendiri.


selagi x rasa tpaksa kencing guna tiub, ngilu nye nak tarik keluar tiub tu
selagi x rasa sakit nya dari baring nak duduk, dari duduk nak diri
selagi x rasa bjalan 1 langkah 1 minit
selagi x rasa pedih nye tmpat operate tu bila kau batuk
selagi x rasa perit nye bila naik kereta, bhentak sikit pn dah ngilu
selagi x rasa kena paksa kencing dgn doctor klau nak balik cepat
selagi x rasa SEMUA ni, jangan pandai2 nak pertikai.


untuk yang asyik nak bercakap indah nya normal, mengarut nya operate, ketahui lah bahawa itu semua kerja Allah. bkn kite yg tentu kan. sapa yang x nak normal n sapa yang nak operate kan ? n paling penting, aku xpernah dengar lagi pahala ibu yang ceaser pahala potong 50%, normal dapat 100%. u got me ?

ok dah. penat naip. last, I tabik spring kat ibu2 sedunia yang kuat melahir kan anak yang sampai 8 ke 10 org. tapi yang 1 ke 2 org pn I tabik jugak. ada yang aku kenal sampai 5 org anak, semua caeser. fuh, tu btol kuat. sumpah.

i share sikit gmbr putera kami, Muhammad Arfan Ramadhani ye. by month. dari rambut lebat ke botak, lebat balik. haha. nanti ada kelapangan i update lagi ok ?







bagi can la Arfan nak cakap kejap ni.


anak2 haha, ok, next episode aku share kn service beranak dkt hospital kerajaan. ramai jugak ni yang tanya. later k ?  eh sape nak share pngalaman uolls sila kan ye. babai !