Total Pageviews

Tuesday, October 17, 2017

She's a cancer fighter

Assalamualaikum..

so seperti mana selalu nya, blog hanya akan ter update andai nya ada benda yang aku rasa betul nak share. hehe so last update last year , maka genap lah setahun berhabuk. tapi kali ni punya update, its a bit different like my others entry yg selalu nya huha huha gelak sana gelak sini

Its all about my mom. my ibu. my best friend & my other half
Puan Norani bte Husin
Lung & breast cancer fighter ( stage 4)




pada yg masih belum tahu, ibu aku di sahkan ada cancer seperti di atas akhir tahun lepas. secara tiba tiba. without any sign. bagi aku cerita sikit pada awal nya macam mana semua ye.

This date
5/12/2016
1.05 am

aku tak akan lupa sampai mati. hari permulaan

malam yang sama mcm malam selalu nya. tengok tv, habis, dia naik atas tido ,kami anak beranak tido bawah depan tv. tiba2 hp aku bunyi, no ibu. angkat tapi x de bunyi. and i thought dia ter tekan, and i just ignored. selang berapa minit, ibu call lagi, but still silent. aku terus rasa x sedap hati, lari naik atas.

and aku nampak ibu mengigil tunduk sambil pegang dada. dia tarik tangan aku dan cakap, " ibu x boleh bernafas ni, sakit sangat". apa aku rasa ? macam ada karen jalan 1 badan yg meremang terlalu takut. air mata turun tanpa aku sedar. laju &mengigil.

aku kejut adik laki ,panggil adik ipar yg kebetulan balik & suami kelam kabut. semua dalam kdaan yang terkejut, dan dokong ibu turun & kami terus ke emergency. dalam berapa saat, penuh segala doctor kat katil ibu, wayar menjalar sana sini, segala mesin keluar masuk dalam tirai katil ibu. aku kat luar, debar hanya Allah yg tahu.

bermula detik itu, hospital jadi rumah kedua kami. segala procedure lah buat ct scan lah apa benda semua utk comfirm kan apa sebenar nya yg jadi dalam badan ibu. keadaan ibu masa ni, kritikal. masih sedar tapi fully helping by gas, x boleh bercakap, x boleh bangun, mengah, nafas yg sangat laju, lemah.

sebulan. sebulan makan ibu bersuap, mandi gosok gigi tukar pakai pampers kami buat, nak borak dengan ibu, berbisik.  suara ibu xde, terlantar. 



JANUARY 2017

Doctor panggil kami adik beradik untuk sampaikan something tentang ibu. memang berita yang kami paling berdebar nak tunggu. kami betul nak tahu apa dah jadi dengan ibu. kenapa tiba2. kenapa ibu. kenapa terus macam tu ?

" Apa yg saya nak maklum kan pd kamu semua, sy harap semua dapat bersabar dan kuat. setelah sample tisu di ambil dari hasil ct scan, mak kamu di sah kan menghidapi cancer. cancer paru paru & breast"

aku terdiam. aku menangis. aku terduduk. aku tengok adik2 aku, dah ter esak2 melepaskan tangis yang terpendam. belum cukup hati aku di toreh, doctor sambung lagi

" she's now at stage 4. we are really sorry to say this but theres nothing much we can help at this stage" sambil usap bahu aku

Allah. kali ni bukan hati di toreh, tapi macam di hempap dengan batu, macam nak pecah. ibu yang duduk di katil, yang mendengar &a menyaksi kan segala nya tadi, cuma tunduk sambil kesat air mata. rupa nya ibu dah tahu dulu sebelum kami. patut lah mata ibu bengkak sebelum doctor mula tadi. pandai ibu sorokkan...

sebelum doctor pergi, ibu panggil doctor. ibu tanya sambil kesat air mata

" berapa lama lagi masa saya ada doctor ?"

" i bukan tuhan, i sendiri x boleh janji berapa lama. itu kuasa dia tapi based on my experience, u have 6 month from now...

Allah......



untuk jadi anak sulong dalam adik beradik aku, sungguh, betapa berat nya bahu ni bila ibu mula 'menyerahkan' tanggungjawab semua nya pada aku. betapa seksa nya hati aku bila aku terpaksa pujuk hati utk x nangis depan dia. depan adik2 aku. tapi bila aku sorang ? air mata dah macam nafas. terjadi biasa.

telinga aku di saji kan dengan kata kata ibu yang mesti di mula kan dengan


"along, kalau ibu dah xde nanti"
ni bawah katil ibu, ada kain kapan, kain batik lepas, minyak wangi semua tau. apa2 nanti amik bawah ni je

"along, kalau ibu dah xde nanti"
call no ni tau, dia boleh urus kan jenazah kebumi semua, upah dia semua ibu dah siapkan

"along, kalau ibu dah xde nanti"
awak jumpa orang ni, orang tu, utk uruskan sekian sekian. document ibu letak kat sini, jgn pening2

dan yang paling aku sebak & terus menangis depan dia

"along, kalau ibu dah xde nanti"
jaga anak2 ibu yang lain, adik2 awak baik2. jangan pecah belah, awak ketua keluarga lepas ibu xde nanti. awak ganti tempat ibu. jangan lupa selalu doakn & jenguk ibu nanti. ibu tunggu...




allah!! untuk mhadap semua ni dalam sekelip mata memang aku x pernah jangka. siapa sangka dia yg aktif kerja sana sini, happy2 kelakar, tiba2 Allah ubah mcm tu je. malah ibu pernah cakap dekat aku


" patot nya awak semua bersyukur ibu ada sakit ni"

" apa pulak ibu ni cakap mcm tu. tak kan kite nak terima kasih pulak bu"

" cuba awak bayangkn, kalau malam ibu sakit tu, Allah terus amik ibu. ibu x sempat cakap apa2, awak x sempat buat apa2, x sempat apa2 pun. kalau tak sakit mcm ni, awak x merasa salin pakai kan pampers ibu, sikat kan rambut ibu setiap pagi, suap ibu setiap kali makan, ada kat sisi ibu 24 jam"

aku terdiam. bergenang air mata bila aku fahami balik kata2 ibu. ada benar nya. kalau benar Allah betul ingin menguji, mungkin malam tu sudah tamat semua nya. dan aku mungkin gila agak nya. tapi itu lah, DIA maha mengetahui. dia tahu aku x kuat utk itu & dia nak kami semua berbakti pada ibu sampai akhir hayat nya.





OCTOBER

dan dengan kuasa Allah, tempoh 6 bulan yang terakhir doctor bentangkan pada aku dulu, dah lepas ! malah sudah nak setahun ibu sakit. kuasa Allah ! chemo 6 cycle alhamdulillah bjalan dgn lancar. operation utk buang breast pun berjalan lancar. ibu cakap ini semua berkat orang2 yg doa kan ibu, buat yasin tahlil utk ibu, doa siapa yang makbul ,hanya Allah yang tahu.

memang ibu dah x kuat mcm dulu, tapi aku bersyukur,

dia dah mampu berjalan walau x selaju dulu,
dia dah boleh masak walau x boleh lama,
dia dah boleh drive walau x jauh,
dia dah boleh ketawa walau x serancak dulu

paling penting, dia dah boleh bercakap tanpa berbisik &mampu bernafas tanpa gas

semua doctor cakap ibu kes yang miracle. majoriti 'batch' ibu sudah kembali pada pencipta nya. tapi ibu Alhamdulillah mampu lawan walau aku tahu dia terpaksa kuat. terus kn lawan bu. bukti kan stage 4 juga mampu bertahan berpuluh tahun lagi.


UNTUK MU IBU

ibu, aku tahu sampai nanti 1 saat, walau sebanyak mana doa, walau seberat hati melepaskan, walau terlalu perit menghadapi, kita tetap akan terpisah. tak kan selama nya ibu milik aku milik kami.

maaf kan aku andai aku x layak untuk mjaga mu sbagaimana kau jaga aku masa kecik dulu. tapi percaya lah bu, aku & adik2 berusaha utk terus membahagia mu ,dan x pernah putus doa utk ibu kembali sihat macam dulu. kalau ada masih terkurang, maafkan dan tegur lah ya bu.


ibu nyawa dunia kami semua. xde ibu, hilang nikmat yang x terungkap, yang takkan ada penganti. aku tolak semua nikmat dunia untuk masa ini, hidup cuma utk kau & keluarga...


PESANAN IKHLAS DARI SISI SEORANG ANAK

hargai lah ibu kalian selagi diorang masih bernafas. cuba amik masa 5 minit, cuba kite ingat balik

bila kali terakhir

kita sikat rambut mak kita ?
kita pegang erat tangan mak kita ?
kita bagi dia duit ?
kita buat dia tersenyum ?
kita bawak dia pergi jalan ?
kita masak kan makanan favourite dia ?
kita suap dia makan ?

kalau kita x ingat bila , sesungguh nya kita sebenar nya semakin jauh dari dia. dan dia ? cuma mampu melihat & menanti tanpa mengungkit apa2. sedih kan ? orang yang masa kita kecik dulu, nyamuk gigit pun nyamuk tu kena bakor. 

cuba lah untuk berhenti

buat dia menangis kerana kita
buat dia sedih dengan sikap kita
buat dia kecewa dengan perangai kita
buat dia putus asa menasihati kita
melawan & tinggi suara dengan dia
abaikan arahan dia

kerana, percaya lah. segala apa yang kita lakukan sekarang pada mak ayah kita, 1 hari nanti kita akan merasa benda yang sama. kalau baik , maka baik lah. kalau sebalik nya, bersedia lah utk merasa keperitan tu. renung kembali hidup kita sekarang, kalau penuh dengan masalah, cuba kenang balik ,mungkin ada dosa yang masih x terampun.


bila kita mula ada kerjaya, ada keluarga, ada anak, semakin bkurang semua perhatian. kita sibuk kejar semua sampai lupa ada yang semakin tertinggal. sesungguh nya ujian nya ini, benar2 mbuat aku & anak2 umpama di tampar, untuk sedar dari lamunan. Allah uji kerana Allah syg..


SURAT UCAPAN KETIKA BIRTHDAY 28 TAHUN

di sini, aku nak share surat yang ibu bagi masa birthday aku yg lepas. masa ni ibu terlantar, nak bercakap pun mengah. dia pegang tangan aku sambil hulur 1 surat, sambil cakap

" ibu mintak maaf. birthday awak, awak kena jaga ibu. ni. wish ibu. nanti baca ya. ibu syg awak"

x mampu utk aku tahan air mata masa ni. macam ada sesuatu yang sgt berat kat dlm dada ni. aku taip kan isi kandungan surat tu kat sini, nak share tulisan x clear..

Dear Anakku Rahimah,

Anakku along Rahimah, happy birthday along. Maaf kerana tahun ini kita tak dapat celebrate bersama. TAPI, sebulan sebelum itu, along dan adik2 telah menghadiah pengorbanan besar menjaga ibu yang sakit terlantar hingga sekarang. TQ kepada menantu2 ku banyak berkorban masa , tenaga &kewangan. 

semoga along, angah, ika & yul dapat menjaga ibu hingga akhir hayat ibu ya..ibu sayang anak2 ibu sampai syurga..


rasa2 apa keadaan aku masa baca ni ? 

hehe ok lah, cukup la ya sampai sini aku share. penat dah ni asyik nangis je. pedih mata i. tapi last, aku share kan 1 ayat yang aku tak akan lupa sampai bila2 & masih terngiang2 sampai sekarang. ibu cakap masa salam waktu raya yang lepas..

" maafkan ibu kalau ada tmarah awak selama ibu sakit, terima kasih jadi tulang belakang ibu"

" doakan ibu sempat sambut raya lagi tahun depan ya"

menangis, peluk aku. 

ahh dah. cukup lah eh, nanti aku sambung lagi. terima kasih kerana membaca & aku mohon terus doa kan wanita teragung ini terus kuat melawan kanser & kembali pulih. amin amin ya rabbal alamin..

p/s : masa ni rambut ibu baru sepenuh nya gugur dan bulu mata pn gugur. pucat kan ? bye semua..



0 comments:

Post a Comment