Total Pageviews

Monday, November 29, 2010

ALAM MAYA vs ALAM REALITI ( iluvislam.com)

ehem2. tiba2 ase mcm nak share info ni. aku dapat pon dari tenet gak. nme blog tu,iluvislam.com. yela. aku pon bukan nye perfect, ckup amal ibadat. so x salah lau kite sme2 share pe yg kite dah tau kat orang len kan ? hehe.
ni antara info yg bila aku baca, aku sendiri akui, bnde ni mmg tjadi kat aku. xtau la kat korang cane. hehe
  • Sedar atau tidak kadang-kadang kita mengabaikan ukhwah, silaturrahim, malah kadang-kadang mengabaikan orang yang terdekat dengan kita akibat terlalu asyik dengan alam maya bahkan alam fantasi.
  • Sedar atau tidak selalunya kita menghabiskan banyak waktu hanya kerana alam maya sehingga membiarkan orang-orang yang terdekat dengan kita kesunyian.
  • Sedar atau tidak hanya kerana alam maya sahutan emak di dapur kadangkala tidak diendahkan.
  • Sedar atau tidak sekian lama kita bersama alam maya sehinggakan makan minum kita kadangkala turut terabai.
  • Sedar atau tidak, hatta kerana alam maya.. Solat kita dilengahkan.. Seruan dan panggilan Ilahi tak dihiraukan..
  • Sedar atau tidak orang-orang yang terdekat dengan kita hakikatnya kadangkala perlukan kita untuk memuntahkan rasa bahkan memerlukan kita untuk berkata-kata dengannya.
  • Sedarkah kita yang kita semakin lupa untuk mengambil berat akan orang-orang yang terdekat dengan kita akibat terlampau leka dengan orang-orang di alam maya.
  • Sedar tak sedar.. "eh, eh dah malam.." sedar tak sedar asar dah nak habis.. Sedar tak sedar 4 jam berlalu begitu saja..
haa ! nengok cartoon kat bwh ni. x ase ke mcm comel gle ? di edit dr poster 'jomheboh' x silap aku. haha. de btol nye jugak kan. subhanallah :)
  • Kita lebih suka berkata hye, hello, salam atau menyapa mereka-mereka di alam maya.. Sehinggakan kita lupa untuk tebarkan salam buat mereka yang dekat di sisi kita..
  • Allah..kuat sungguh penangan internet..bersama facebooknya, Yahoo messengernya, blognya, my spacenya.. Wah, membuatkan manusia hidup bersendiri.. nNafsi-nafsi.. Lupa pada hakikat.. Lupa pada berkat.. ( T___T ) **saya sangat2 terasa :( **
  • Secara realiltinya,siapa yang lebih dekat dengan kita?? Akan-rakan dia alam mayakah yang akan membantu kita di saat kita benar-banar memerlukan bantuan?? Sakit kita, susah kita.. Rakan-rakan di alam mayakah yang menghulurkan tangan, meringankan beban..??
  • Tidak salah melebarkan jaring, menghubungkan rangkaian, meramaikan kenalan.. Tapi jangan di lupa pada adat berukhwah di alam realiti.. Jangan di lupa pada hakikat hidup secara berjemaah..
tadaaaa ! yeszaa. demi allah, aku terasa gile wey ngan article ni ! haish. teruk jugak aku ni. parah2. tu la. kadang2 kite tau bnde 2 salah, tapi still nak buat jugak. sebab pe ? syaitan itu sngat2 la kuat hasutan nye. tmsuk aku jugak la yg tgoda. hehe. tp 2 la. stiap kali pas smayang, x putus2 doa aku supaya aku ni di kuat kan iman, tok brubah. x bnyak sikit. dr sikit 2 , datang la bnyak nye kan. aminnnn. :)

0 comments:

Post a Comment